
29/09/11
SEMBANG PETANG HARI..

KADANG-KADANG AKU RASA MALU......

Bila ada blogger berkata mereka segan dengan aku..tapi hakikatnya aku sendiri berasa malu dengan mereka. Sebab, tak pasti kenapa mereka rasa segan. Aku hanya blogger biasa dari blog yang hanya dipandang oleh sesetengah golongan sahaja, blogger kelas ke dua, gelaran yang pernah aku dapat dulu, lagi pun macam aku blogger blog masakan, apa lah sangat. Komuniti kami tak besar mana, cuma pada aku kami lebih memahami antara satu sama lain..
Bila aku berjiran dengan blogger personal ternama, aku sebenarnya rasa terharu, aku mula rasa serasi, dan dengan berjiran dengan beliau lah aku mula dikenali oleh blogger2 muda mudi, bukan lah sebeleum ni tak dikenali, cuma impak dia agak lebih. Tapi jauh dalam sudut hati, aku rasa malu, sebab rasa terhutang budi secara tak langsung, blog aku bukan banyak sangat membantu, sampai ada orang yang tidak aku kenali berkata, aku menumpang kepopulariti blog orang lain..hmm kecewa dan sedikit terasa hati, tapi biar lah..mereka tau apa. Mungkin ini hanya perasaan. Bila keadaan kembali tenang, mungkin ini akan terhakis dari perasaan....Insya Allah..
26/09/11
IBARAT DEDAUN KERING...

Antara jarak waktu dedaun kering gugur, pelbagai kemungkinan akan berlaku, ditiup sang bayu, maka dedaun tadi akan berterbangan ke destinasi yang tak pasti. Di timpa air hujan, dan dihayutkan arus deras..juga tak pasti destinasinya....ketentuan Ilahi yang telah menetapkan ke mana hala tuju si dedaun kering. Hidup kita pun sama, merancang dengan penuh sempurna, elok dan seakan2 pasti berlaku, jika ia tidak di "lulus" kan oleh pencipta., semuanya akan pincang dan berubah.....terima dengan hati terbuka dan kita percaya pada Qada Qadar dan sesungguhnya ada hikmah yang tersembunyi....Biarlah masa akan menentukan...kita hanya mampu berDoa...
Bicara Seorang Insan Yang Berdosa .....Moga Allah menunjukkan aku ke jalan yang benar dan pasti....
25/09/11
SI MANIS YANG BEGITU MANIS.......


Salam bahagia CMG...
Walau hati lara,
Jiwa sangat membara,
Mata menitiskan airmata,
Mengapa perlu kita berduka...?
Saat kita rebah,
Harapan kita punah,
Hidup seharus nya indah,
Mengapa perlu kita mengalah...?
Jangan bersedih kawan,
Usah difikirkan lawan,
Bancuhlah kopi secawan,
Merawat hati mu yang rawan...
Salam sayang dari simanis...
http://www.syima.com/
September 25, 2011 5:42 PM
28/06/11
AKU RASA BILA CUTI BERBLOG....1 HARI.

Ahad lepas mat berjaya cuti dari on9 selama 1 hari...Ok lah, rasa lega sikit, tapi perasaan dalaman, huhu, rasa teruja, lambatnya masa berdetik, kelip mata ternampak blog, mandi nampak blog, pendek kata semua kerja mat buat hati ada diblog...huhu susahnyaa..Adakah mat gebu "ketagih berblog"?, pendapat anda macam mana?...Hmm, tapi itu lagi baik dari kita berfoya2 ntah ke mana, menghabiskan wang ringgit tanpa ada hala tujuan (tapi kan orang macam mat, on9 pun boleh susut duit...erkk, manyak susah punya olang!!)..
Kesimpulannya, jika anda terjebak dalam dunia blogging dengan sepenuh hati, ianya ibarat satu ruang dalam diri kita, harus kita lawati, dan tinggakkan jejak untuk menunjukkan kita masih wujud dan blog masih berfungsi. Mat bukan nak kata apa, selain blog ini, mat ada blog antik yang sudah 10 bulan tak berupdate!!!...tapi itu pada mat tak jadi hal, sesuai dengan blog antik dan blog tu pun bukan kita harap untuk menarik traffic, cuma blog berkongsi barang antik sesama kolektor, jadi tiada alasan untuk mereka memberi komen yang tak sedap. Kita kolektor ni bukan setiap masa ada barang baru, lagi pun hobi itu memerlukan sumber kewangan agar besar. Ok dulu buat masa ini...salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....
10/06/11
TERTIB MEMOTONG KUKU...

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Ok tu sahaja untuk kali ni, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU, untuk semua...
4/06/11
HARI INI KENANGAN UNTUK ESOK...

Kita tak boleh nak jangka apa yang berlaku hari ini..Hari ni ini kita gembira, bergelak tawa, bergurau senda..esok lusa jika ditakdirkan kesedihan melanda, kena lah kita tabah sebaik mungkin. Teringat kata orang2 tua kalau gembira biar bersederhana, tapi kadang2 kita sendiri terlupa tu semua, mat sendiri pun macam tu..hmm, kita manusia serba kekurangan kan...alasan yang biasa kita dengar....boleh diterima tak?..
Kesah dan kenangan kita juga lah yang mewarni perjalanan hidup, sebagai cerita pada generasi akan datang. Yang baik sebagai panduan, dan yang kurang baik sebagai ingatan. Semua manusia melalu pekara yang ada tu agak pahit untuk dikenang, tapi sekeras mana pun kita hendak membuangnya, kesan calar tetap terpalit...hmmm bersabar dan anggap saja lah ianya peringatan dari yang ESA untuk kita yang sering lalai ini....Salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU untuk pagi ahad ini...
28/05/11
SETIAP KITA ADA LAH BERBEZA...
Sabtu muncul lagi, bagi yang bercuti, selamat bercuti, masa untuk bersama keluarga. Hmmm, anda apa khabar?..sehat?, mudah2an begitulah hendaknya. Kita dalam dunia ni unik, setiap manusia ciptaan Allah memang disertakan dengan karektor berbeza, cuba tengok cap jari, walaupun kita adik beradik sedarah, seibu sebapa, tapi ianya tetap tak sama antara satu sama lain. Dari banyak pekara pun begitu, kecergasan, gaya pemikiran dan juga pembawakkan diri masing2 tak sama. Tapi manusia ini ada kala berubah dengan keadaan persekitaran...
Begitu juga dengan selera setiap manusia, kita sebenarnya tidak dapat memuaskan setiap orang, macam mat kan blogger masak2, dah lah tu jenis suka ulang tayang resipi, sah ada yang jemu. Ada yang tanya kat mat, CM, sedap ke eks, apa rasa nya masakan u...Macam ni lah, seperti mat kata sebelum ni, selera manusia ni tak sama...kalau 10 orang kata sedap, mungkin yang ke 11 kata tak delah sedap sangat, ok ok saja...itu hak dia, sebab tekak dia yang rasa macam tu. Pada mat dalam dunia ni masakan dari air tangan ibu kita juga paling sedap dan nikmat...setuju tak?..
Sebagai blogger juga begitu, kita adalah unik, mat lain, ben lain, ady lain...sunah..lagi lah lainn. Maksud mat sini, gaya kita berblog tak sama, walaupun sealiran. Mat selalu singgah di blog masak2 milik teman blogger macam kak ummi, rima, hana, azlita dan lain2...walaupun mereka ada mencuba resipi yang sama, tapi hasilnya ada tu berbeza, lebih lawa..lebih mengiurkan...itu semua bakat yang telah dianugerah kan pada kita....syukur alhamdulillah....Tu dulu setakat ini, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU...
27/05/11
OTAK LETIH...MATA TAK NAK LENA..

Waktu siang ada lah "Pantang" mat tidur, bukan apa nanti kalau tersedar, nafsu ku jadi buas, nak marah, gerammm grrrr...saja, pantang yang ada aku tak puas hati, mesti kena punya lahh..'
Semut lalu pun aku marah, apa lah dosa si semut tu kan. Kesiann... Hmm takpe lah apa2 yang berlaku atas diri kita pasti ada hikmahnya. Ok lah entri pendek dan ringkas ni mat akhirkan di sini dulu...salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....
24/05/11
NAK DERHAKA RESIPI PUN AGAK2 LAHH...

Derhaka resipi ni juga sebenarnya boleh membuat satu2 resipi itu lebih versatile, tapi tak mungkin rasa akan sama macam yang asal.. Contohnya, penggunaan tepung kek, atau tepung halus, anda boleh ganti dengan tepung gandum. Gula halus, kadang2 mat ganti dengan gula perang @ soft brown sugar, susu segar jika tak de, mat bancuh susu tepung dengan kuantiti cecair yang disyorkan..itu hanya sebahagian yang mat buat. Hasilnya?....hmm ada tu sungguh memuaskan TAPI ada juga yang menghampakan, apa2 pun pengalaman mematangkan kita...
Satu lagi...yang ni penting mat nak ingatkan pada semua, tak kira blogger masak, personal atau apa saja lah...Bagi lah kredit pada tuan punya resipi, bukan susah mana, tulis link blog mereka saja, ini sebagai etika kita bila dah ambik resipi atau apa2 maklumat dari blog orang lain. Walaupun anda telah ubah resipinya, tetap juga kita bagi kredit pada pemberi resipi, sebagai penghargaan. Bila kita buat pada blogger lain, insya Allah, orang akan buat yang sama pada kita nanti...kan elok macam tu....Ok salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU
ISU HALAL...AMAT MENGELIRUKAN..

Baru ni keluar pula isu mentega Golden Churn tidak halal, buat pengetahuan anda, mat memang guna mentega tu untuk buat kek dan biskut. Pada mat ia adalah mentega terbaik setakat ini, harga memang mahal sedikit, tapi kepuasan tu penting. Bila Sunah bagi tau mat tu hari pasal isu mentega, terus rasa down, maklumlah mat ada 7 tin mentega dalam stok..huhu, nasib baik mat tak beli semua kat kedai tu...harga setin kalau di Tesco dalam RM 14+ untuk tin seberat 340 gram.....Rugi namum syukur alhamdulillahh...
Semalam mat nampak ada lagi isu halal ni dibeberapa blog teman2 antaranyanya blog Ayu Citarasa Rinduan dan blog Izamir....berita2 pulak dipetik dari M-Star on line di sini. Kalau fikir2 kan macam mana lah Malaysia nak jadi hub makanan Halal, walhal benda2 kita makan pun tak pasti halal atai tidak, setakat logo halal semua boleh letak. Orang kita pun satu, kalau makan di cafe2 yang ada "kelas". asal ada logo halal, depa main belasah semacam....huhh., tak mo komen isi ni, takut kena saman kang...Ok dulu, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....
22/05/11
KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG....
Begitu juga dengan kehidupan kita, tak siapa tahu akan berlaku pada masa akan datang. Kak ipar mat sebagai contoh, perkahwinan dia dengan arwah abang mat yang no 3, tidak sampai ke usia emas, bila Allah menjemput abang mat dulu..hmm, dah ajal kan, maka tinggalah dia bersama 4 orang anak dan 1 lagi dalam perut dan akan melahirkan pada pertengahan bulan Jun akan datang nanti....Moga semuanya dipermudahkan...Insya Allahh..
Berblog pun macam tu juga, banyak rintangan akan kita hadapi bila blog makin dikenali. Baru2 ni jiran mat sekali lagi diburuk2kan oleh mereka yang tidak senang hati dengan beliau. Tak pelah, akan ada hari pembalasan kelak, kita berdiam diri tak bermakan kalah. Kita tak boleh nak kata berblog akan "sempurna" sepanjang hayat, ada masa dan ketika pasti dilanda badai...bersabar saja lah kann...Ok dulu coretan di pagi Ahad ini. Salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....
21/05/11
INDAHNYA SUASANA PAGI....TAPI AKU....
Pagi ini mat rasa sedikit legaa...bukan mat suka2 nak menulis isi hati atau benda2 yang berkaitan perasaan, tapi ini hanya sebagai luahan...kalau anda rasa ia mengjengkelkan, mat faham, dan tak paksa sesiapa membaca atau menilai, seperti mat kata dulu, aku wujud di dunia blog bukan sebagai seorang blogger penulis, tapi hanya sebagai blogger masakkan... Apa lah sangat menjadi blogger masak2, kalau dilonggokkan dalam beberapa blogger hebat, sah kami jauh terpinggir atau hanya dikenali oleh blogger seangkatan dengan kami....
Tadi geng masak2 mat YM dari Hanoi, dia tanya, mat kenapa status koo semenjak2 ni macam merajuk jee..hmm ntah lah itu perasaan mat gebu, tiba2 aku terasa hati yang tatau mana puncanya, ke sensetifan mula menyinggah, dulu aku blogger kebal, koo kata, koo keji dengan segala macam, aku memang tak kesah...ego aku mengatasi segala2nya, kalau aku tak suka, aku buang, aku hapuskan ia dari blog ku....tapi sekarang, semuanya seakan2 berbeza...adakah sebab usia makin tua dan tembok keegoan mula menipis...hmmm Allah sahaja yang tau. Itu saja yang dapat mat tulis, terima kasih yang sudi membaca...Salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....
BOSANNN...LAHHH....
20/05/11
BILA "ERA" MENYAPA MAT GEBU....

Jumaat lepas (13 hb May 2011), mat mendapat panggilan dari ERA dan mereka beri kata putus akan menginterbiu mat pada hari Khamis (19 hb May 2011) oleh Pak Nil...wahh mat pun setuju lah, hmm pelung ni bukan selalu datang. Tujuan mereka ialah untuk memberi peluang mat promot kan blog DTS yang menyertai DIGI WWWOW AWARD, dalam kategori TOP MAKAN2 XPERT di sini... Masa 2-3 minit sebelum Pak Nil tanya tu, terlebih dahulu Hanif call dan dia bertanya serba sedikit dannn sebenarnya blog DTS tu telah dipilih oleh "RAY" untuk ke udara di ERA....waaaa...terharu okehh...terima kasih pada RAY...atas kesudian anda itu....
Maka lepas tu mat pun mula berinteraksi dengan Pak Nik dan Ray dan Haniff (ehh..tak perasan pulak sebab dengar suara Pak Nil dan Ray jee). Rasa macam cepat tau kena jawab, adehh, walaupun 2 soalan saja, pertama pasal blog dan satu lagi kita kempan tarik undi. Punya cepat aku cakap, adehh..tapi yang lawak sempat mat sebut nama Ben sebagai ucapan terima kasih.....panas beb...ada jee kang lalat kata, sebab dia skandal guaa. Bukan macam tu, sila baca perenggan di atas tu yeaaa. Apa2 pun ribuan terima kasih mat ucapkan pada ERA, Pak Nil, Haniff dan Ray serta mereka2 yang memberi sokongan (Kak Ummi Kuantan, Ady Budika, Sunah dan lain-lain)...salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU..
18/05/11
RAHSIA DI DAPUR....ANDA PERLU TAU..

1 - OVEN - Yang ini ialah benda asas yang paling utama jika anda berniat nak membakar kek, muffin, cookies atau roti. Tanpa oven memang tak dapat lah nak laksanakan apa yang anda ingin kan tu...
2 - ALAT PENIMBANG - Penting..terutama untuk mendapat sukat timbang yang betul berdasarkan resipi yang kita ikut. Di pasaran ada alat timbang biasa dan jenis digital, ikut budget anda, yang mana, janji ia memberi manfaat pada kita untuk jangka masa panjang..
3 - TIN KEK - Yang ni perlu, tapi sebagai asas, mat syorkan anda perlu ada loyang bulat 8 inci, 9 inci dan juga jens 4 segi 8 inci x 8 inci x 3 inci, sebagai asas, jika ada budget boleh juga dapat kan tin kek jenis boleh tanggal2 atau spring-form tin, ini memudahkan anda membuat kek keju kelak. Benda2 lain tu ikut keperluan anda, boleh tambah bila2 anda suka..
4 - PAPAN PENCANAI DAN TORAK (ROLLING PIN) - Perlu sangat jika anda ingin membuat biskut atau cookies serta mencanai pastry untuk tat atau pie.
5 - CAWAN/CAMCA PENYUKAT - Kalau zaman dulu guna gelas, cawan atau "agak2 saja", sekarang perlu lah kita ada cawan/camca penyukat, tak mahal, yang plastik pun ada..Selalunya 1 set cawan penyukat datang dengan saiz 1 cawan, 1/2 cawan, 1/3 cawan dan 1/4 cawan. Begitu juga dengan camca penyukat, 1 camca besar, 1/2 camca besar, 1 camca teh, 1/2 camca teh, 1/4 camca teh dan 1/8 camca teh...
6 - BERUS PASTRY, CAKE TESTER DAN SPATULA - Antara yang perlu ada, berus pastry penting untuk menyapu kuning telur pada pastry atau biskut. Tapi kan masa beli tu harus berhati2..selain berus dibuat dari nylon dan silicone, terdapat juga dari bulu "babi"..ha, ngeri kan. Cake tester tu kalau tak de pun tak pe, kita boleh guna lidi sate. Spatula penting untuk mengadun kek terutama resipi yang perlu putih telur diadun dalam bancuhan kek seperti kek chiffon.
7 - WHISK, KERTAS MINYAK, PENGAYAK - Whisk amat perlu, bukan saja untuk baking, tapi sesuai digunakan dalam kerja lain didapur, ada pelbagai saiz, jadi anda beli ikut keperluan atau yang sesuai. Kertas minyak penting untuk mengalas tin kek, begitu juga pengayak, mana2 resipi pun akan mengesyorkan kita mengayak tepung yang telah dicampur dengan baking powder atau serbuk koko. Tepung yang telah diayak juga lebih ringan dan akan memberi hasil kek yang lebih baik...
Ok dulu untuk kali ini, insya allah nanti ada masa mat tulis lagi...salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU.....
BACA BOLEH PERCAYA JANGAN..
17/05/11
JATUH KE TARAF LELAKI BILA MEMASAK?..
Zaman berubah, dan kalau kita lihat perempuan pun ramai melakukan kerja2 lelaki, lelaki pun sebaliknya...Tiba part memasak, lelaki selalunya diberi tanggungjawab besar, terutama memasak untuk majlis2 gah, ini kerana kudrat kami lebih dari kaum hawa..namun begitu jika di rumah, lelaki memasak di dapur, mesti ada yang pandang lain macam..kenapa?..taraf kelakian jatuh ke bila memasak, terus bertukar jadi perempuan ke jika lelaki memasak di dapur?..atau hilang macho lelaki bila memasak di dapur?...kami kadang2 pun heran..bila ada segelintir yang masih berfikiran ditakuk lama...simpati untuk mereka..
Pada pandangan mat sendiri lah sebagai lelaki dan boleh memasak di dapur, ini adalah satu anugerah Allah....gifted, syukur alhamdulillah...serius mat kata kan kat sini, ada juga yang perli2 mat ala2 "anak dara" sebab memasak saja...mat sebenarnya memenuhi tanggungjawab sebagai anak, kita duduk sama mak ayah, dan bonda mat sendiri kurang sihat, jadi apasalah nya berkorban sedikit dengan memasak untuk keluarga, hmm tak pelah, kita buat seikhlas yang boleh, sebab "ikhlas" tu bukan hak kita menentukannya, Allah jua yang menentukan niat kita ikhlas atau tidak. Itu saja bicara seorang insan petang ini. Salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU.....
KENAPA MAT SUKA TEKO....PELIK?..

Sebenarnya mat pun tatau lah macam mana boleh suka kolek teko. Pada asalnya mat hanya kolek pinggan lama sebagai prop blog masak2, lepas tu geng antik, "Yatt" syorkan mat kolek benda lain pulak macam set cawann, teko dan sebagainya...Maka bermulah hobi aneh ku itu, masa tu belum ramai yang berminat. Untuk mendapat teko lama ni habis semua kedai2 apek tua kita orang singgah tanya. Masa tu teko amat murah, boleh dapat dalam harga belasan ringgit sahaja.Kalau sekarang jangan tanya...paling bangsat pun RM 30+ macam tu. mintak kurang, pun ikut nasib, kalau ada rezeki dapat, kalau tak de rezeki pun dapat juga tapi dengan harga tetap.
Kalau orang tanya, apa faedahnya mat kolek benda2 ni...Hmm macam mana nak kata, yea, pada mat benda2 ni warisan kita, selain minat, mat juga gunakan Sebagai prop sama ada resipi2 untuk majalah atau blog dan antara cebisan hobi mat gebu juga, teko lama ada nilai pada masa akan datang. Teko yang kami beli on-line sekitar tahun 2010 sekitar harga RM 70, sekarang telah menjadi dua kali ganda harga nya. Buat masa sekarang mat ada hampir 200 biji teko pelbagai saiz...hmm tah2 lebih kan...erk..hehe..Salam penuh ingatan dari BDD - DTS...
SEDIH JIKA BLOG RASA TERPINGGIR....
16/05/11
KENAPA PERLU ADA DI SETIAP RUMAH?

KOMITMEN BERBLOG.....ANDA SERIUS?..
Bess lah blog dia tuu, nampak hebat..orang pun suka singgah, kalau tengok yang on9 pun ramai, rasa2nya lah kalau aku buat blog, boleh tak dapat macam tu. Masalahnya aku nak buat blog jenis apa kan... Blog masak2 pun nampak senang je...kalau blog tulis2 pun bess juga, boleh update kat mana2, guna hp HTC pun boleh...kelass lahh. Eh!! tak boleh jadi lah, aku buat lah blog nanti...TAPI...aku dah bersedia ke menghadapinya, takut orang kata hangat2 taik ayam, lepas tak sampai seminggu, takde mood dah, lepas sebulan, blog terus berkubur..innalillahh.....
15/05/11
RAJIN MASAK...MALAS KEMAS...BIASA LAH!

KONPIUS LAH PASAL OVEN....HMMM..
Konpius lahh pasal Oven....nak guna macam mana, api atas ke bawah...ke api bawah jee...nak letak tin kek kat tengah2 oven ke..atau belah bawah....pening lahh...malas lah baking, asyik tak jadi jee...huhu..tu semua masalah yang kita hadapi sebagai pembuat kek amatur. Mat kadang2 pun dapat soalan pasal oven, pendek kata paling kerap... Macam ni nilah, kita bakar kek, biskut, roti atau apa2 saja, bergantung pada jenis oven kita, dan jika kita kerap guna, lama ke lamaan kita akan faham macam mana style oven kita berfungsi dan penyesuaian suhunya.
KITA RASA DIHARGAI BILA........
SUKA DUKA....SEMUA BLOGGER MERASA..
Berblog....satu tren masa kini, tak kira, usia berapa, orang besar, orang kebanyakkan, budak sekolah, budak U, semua berblog jika mereka berminat. Pada era sekarang, berblog antara medium penting untuk menyampaikan maklumat. Orang2 besar, orang2 media pun telah menggunakan teknologi ini. Kita sebagai blogger pinggiran, ada masa berblog sungguh mengujakan, membanggakan dan memuaskan.
Lepas mat berjiran dengan Ben Ashaari, baru mat sedar, ada segelintir manusia yang tidak boleh menerima kenyataan, tidak dapat menerima jika orang lain lebih bagus dari mereka. Pada mat jika kita hendak menjadi blogger yang bertahan lama, mesra pengguna, kenalah berfikiran lebih terbuka...jika mereka hebat, kita cubalah ambik tau apa rahsia mereka, bukan mengutuk dan menghina sesuka hati...kan. Coretan pagi ini mat tulis sementara menunggu bahan2 mentah ku sedia untuk dimasak....salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU...
KENAPA GAMBAR TEKO TU LAWA?...

KENAPA "TIFFINBIRU"...WHY?...
Kenapa dapur tanpa sempadan?..pada mat mudah saja, "tanpa sempadan" tu bermakna ilmu tak kira lah ilmu apa sekali pun selagi tak melanggar hukum Allah.. WAJIB kita sebar2 kan tak mengira tempat dan tanpa halangan, macam mat lebih cenderung pada hal masak2, jadi apa salahnya mat kongsi dengan mereka2 yang berminat. Kita tukar2 idea tak semua orang bijak pandai di dapur tau semua pekara dan sebaliknya...mana ada manusia sempurna, lagi2 si mat gebu...kannn....
14/05/11
KENAPA AKU DERHAKA RESIPI?
Contoh, mi goreng, dalam resipi kata letak taugeh, anda tak makan taugeh, boleh lah kita gantikan dengan hirisan kobis, tak salah kan... persepsi orang kita, bila sebut derhaka je terus mind set mereka kata "ishhh dosaaa tuu"...huhu, silalah baca ayat tu sampai habis dulu, baru boleh kata baik buruknya. Memasak ni pada dasarnya asas sahaja, kita yang menentukan hasil satu2 resipi itu...jadi mat pesan, tak payah lah terikat 100% dengan resipi yang kita baca, versatile dan permudahkan...berfikir dengan lebih kreatif...tapi perlulah releven dengan resipi yang kita akan buat tuu...Ok, sekian entri ke dua dari mat gebu....Salam sayang dari BDD-MAT GEBU