17/05/11

JATUH KE TARAF LELAKI BILA MEMASAK?..

(Gambar Ehsan Google)

Zaman dulu, masa mak-mak kita anak dara,orang lelaki ada tu pantang memasak, sidai kain pun ada kala kena caci, semua kerja rumah dilantakkan pada kaum hawa. Teringat abah mat sendiri, waktu2 petang jalan2 sekitar kampung sambil dukung abang mat yang no 2, dan lalu di depan rumah seorang jiran ni, bila melintas, sempat mereka kata "abah mat dah 'bodoh" sebab kena dukung anak waktu2 petang...aduh, salah ke?..Sikap sebegini sebenarnya telah dididik oleh2 orang terdahulu, lelaki pantang ke dapur...sebab itu hak mutlak orang perempuan, apa lagi kalau mereka memasak, sah jadi bahan gosip waktu2 senggang...

Zaman berubah, dan kalau kita lihat perempuan pun ramai melakukan kerja2 lelaki, lelaki pun sebaliknya...Tiba part memasak, lelaki selalunya diberi tanggungjawab besar, terutama memasak untuk majlis2 gah, ini kerana kudrat kami lebih dari kaum hawa..namun begitu jika di rumah, lelaki memasak di dapur, mesti ada yang pandang lain macam..kenapa?..taraf kelakian jatuh ke bila memasak, terus bertukar jadi perempuan ke jika lelaki memasak di dapur?..atau hilang macho lelaki bila memasak di dapur?...kami kadang2 pun heran..bila ada segelintir yang masih berfikiran ditakuk lama...simpati untuk mereka..

Pada pandangan mat sendiri lah sebagai lelaki dan boleh memasak di dapur, ini adalah satu anugerah Allah....gifted, syukur alhamdulillah...serius mat kata kan kat sini, ada juga yang perli2 mat ala2 "anak dara" sebab memasak saja...mat sebenarnya memenuhi tanggungjawab sebagai anak, kita duduk sama mak ayah, dan bonda mat sendiri kurang sihat, jadi apasalah nya berkorban sedikit dengan memasak untuk keluarga, hmm tak pelah, kita buat seikhlas yang boleh, sebab "ikhlas" tu bukan hak kita menentukannya, Allah jua yang menentukan niat kita ikhlas atau tidak. Itu saja bicara seorang insan petang ini. Salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU.....

7 ulasan:

RHI berkata...

baguskan kalau lelaki pun boleh masak, kalau yg dah kawin, boleh masak sama2 dengan isteri lagi bagus, takkan jatuh standart tu, lg tinggi standart ada

Lydia Miza berkata...

Alhamdulillah...bagus la pandai masak.Suami saya sendiri blh masak walau tak semahir anda...

chef terkenal pun lelaki ...abaikan mulut2 longkang tu..hehe

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

i really proud dengan lelaki yang pandai masak:)
seriously rmai chef2 hotel terkemuka di seluruh dunia berjantina LELAKI. Jadi, dunia hri ini, wanita harus lebih memikirkan bagaimana cara untuk bersaing takut2 anak cucu hri depan, perempuan dah tak pandai lgsg duduk d dapur. lol;D dan bertukar kepada kaum lelaki pulak secara totalnya hal masak-memasak ni.

take it positive lah, credit for a family yg punya suami, anak lelaki yang pandai msk. yg tanggungjawab isteri tetap tanggungjawab dan melaksanakannya:)

Izamir Ridzwan berkata...

IR tak berapa pndai msk sgt.. sikit2 boleh lah...

Melur Jelita berkata...

Best apa lelaki boleh masak. nak tunggu bini masakkan, lambat la pulak nak kawen atau belum sampai jodoh...takkan nak lapar pulak.

Cheq Sue berkata...

Sekarang xde salahnya lelaki pandai memasak...di mana2 pun kita boleh lihat... bukan kata nk take over... dan kaum perempuan pun x rugi apa-apa...

CT berkata...

akk respek kalau lelaki pandai masak...laki aku dik oiiii..pandai juga masak...masak air bole la...hi3