Bess lah blog dia tuu, nampak hebat..orang pun suka singgah, kalau tengok yang on9 pun ramai, rasa2nya lah kalau aku buat blog, boleh tak dapat macam tu. Masalahnya aku nak buat blog jenis apa kan... Blog masak2 pun nampak senang je...kalau blog tulis2 pun bess juga, boleh update kat mana2, guna hp HTC pun boleh...kelass lahh. Eh!! tak boleh jadi lah, aku buat lah blog nanti...TAPI...aku dah bersedia ke menghadapinya, takut orang kata hangat2 taik ayam, lepas tak sampai seminggu, takde mood dah, lepas sebulan, blog terus berkubur..innalillahh.....
Komitmen perlu ada dalam berblog, walaupun anda sibuk, sekurang2nya tingggal kan jejak sikit sebagai tanda anda masih wujud dan blog masih bernafas. Berblog masak2 contohnya, memerlukan komitmen yang agak tinggi, kerjanya lebih berbanding blog biasa. Selain resipi2 dan gambar2, kami juga ada kala membuat R n D untuk sesuatu masakan. Sapa kata bila kita berblog, kita tak perlu tau apa2...anda silap, sekurang2nya ada asas dalam apa yang anda tulis, contoh nya bila entri resipi, nanti anda akan ditanya juga soalan2, kalau kita kurang pasti, sudah tentu tidak dapat memberi jawapan yang sewajarnya...
Satu lagi kan, pada mereka2 yang nak mula berblog, pastikan blog anda sealiran dengan minat anda, bila blog dan jiwa kita sama, maka keseronokkan akan timbul, akan ada rasa kasih sayang, nak tinggalkan sehari pun rasa tak sampai hati, rasa blog tu sebahagian dari diri kita...eh ini bukan coretan kosong dan tiada isi..cuba tanya pada semua blogger..betul ke tak?....Haa kan ada yang angguk kepala tuu.. Ok semua, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU...
9 ulasan:
betul tu abg mat...blog mesti ada tujuan, kan..kan..
bila matlamat berblog tu takde, tu yang lama2 jadi terkubur tu...
Betul CMG sy angguk 20x yea...angguk2 angguk2... !!!
harap2 blog den tak berkubur.=)
betul3 tu Abg Mat Gebu.. Aritu masa blog "sakit" saya pun rasa macam nak sakit.. sakit jiwa hehe.. mmg sayang dgn blog saya ni hehe
setuju ngan che mat....
timekasih mat...
tu lah kekadang biler tenet problem jer mesti belog berabuk sket... nak keen lebeh bersemangat lagi dan beriktikad tinggi untuk majukan diri dalam berbelog
i blog for fun & to share memories.. selagi hayat ada :)
Catat Ulasan