16/05/11

KENAPA PERLU ADA DI SETIAP RUMAH?

Salam, bukan nak jual pinggan mangkuk, atau sebagainya, cuma mat nak share apa yang mat baca dalam satu artikel lama dulu, masa tu mat umur dalam 16 atau 17 tahun. Ingat lagi tajuk dia, mengapa setiap rumah perlu ada set lengkap menghidang..Bukan lah mat nak sibuk, benda ni hak masing2, cuma nak kongsi sedikit jee apa yang anda perlu ada di rumah, yelah bagi mereka2 yang berkerja, berjawatan pasti satu hari akan mengadakan majlis makan2 di rumah, kalau ramai kita boleh buat secara jamuan berselerak, manakala kalau tak ramai dan tetamu kita pulak mungkin dari kalangan golongan korporat, seeloknya hidangan tu biar lah nampak formal walau pun dalam keadaan santai...ini akan menjaga nama baik anda juga...

Paling utama pada mat, satu set pinggan mangkuk harus ada di rumah masing, ini tepulang samada set untuk 6, 8 atau 12 orang...kalau dapat set yang ni simpan untuk kegunaan penting, jangan lah guna untuk basahan harian. Kalau pecah nanti dah tak cukup bilangannya. Satu lagi harus ada set gelas, ini terpulang, tapi kalau dapat jenis kaca jernih paling sesuai, nak yang berkaki atau tidak, itu terpulang, kalau nak nampak exclusif, gelas kristal adalah pilihan terbaik. Set cutlery terdiri dari sudu, garfu (yang asas), pisau, sudu teh dan sebagainya harus juga ada, yang ni pun terpulang pada keadaan. Penggunaannya bergantung pada sesuatu majlis itu....

Sebenarnya ini hanya asas, jadi mat syorkan setiap keluarga sekurang2nya simpanlah 1 set sebagai persediaan. Buat masa sekarang, kita tak rasa perlu, tapi bila tiba masanya, baru anda sedar betapa perlunya benda asas ini dalam seni menjamu tetamu...ok tu saja yang dapat mat kongsi buat kali ini...sekian, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU...

9 ulasan:

Sunah Mohammad berkata...

wow~~ sangat menarik~ nanti nak buat camni jugaklahhh...

Mat Gebu berkata...

@sunah - wajibb....pcm boleh syorkan pada ady..jgn risau..dia mesti dgr cakap pcm nyaa...

K.Nor berkata...

betul tu che mat.. dulu tak terpikir sgt.. sekadar apa yg ada jer.. mmg ada.. tp skrg bila anak dah besar.. tak lama lg bakal bertemu jodoh..insyaallah.. baru la terasa pentingnya set lengkap kan.. lagi pun sejak dua menjak ni selalu gak dpt kunjungan member2 forum (myr) pastu member blogger.. mula la nak collect gak.. cukup la yg ala kadar jer ikut kemampuan..

Isteri Encek Bard berkata...

teringin nak beli satu set, tapi masih poket lum mencukupi lagi

ninazsyafinaz berkata...

Alhamdullilah..Walau belum berumahtangga nih..miss mmg awal2 beli pinggan mangkuk hidang, set gelas, mangkuk, sudu..bukan apa..keluarga dan kawan2 rajin bertandang ..takkan nak hidang guna pingan darlie sikit..puteri emas sikit..cawan kacip fatimah sikit..cawan RM2 sikit..ishk..mcm tak kena.Tapi mcm yg SMG cakap..guna bila ader keperluan..mmg tak rugi kalau buat koleksi..tapi jgn lah plak terlalu taksub atau melebihi kemampuan poket sendiri..yetak?

Ros Anisza berkata...

pendapat yang bernas...sekarang baru faham kenapa mak saya suka kumpul set pinggan mangkuk...tapi tak digunakan selalu...

Cat-from-Sydney berkata...

Cik Mat,
Tapikan kalau yang setiap kali sale Noritake mesti nak beli tu, letih pulak nak melayannya. Mama kita masih ada set lengkap Arcopal yang dibeli dengan gaji pertama. Alah....yang iklan dia kena pijak gajah pun tak pecah.... Betul! Sebiji pun belum pecah. Sekarang dah buat makan hari-hari sebab Mama dah start kumpul set Corelle. Letih kan? Jadi kucing lagi baik. purrr....meow!

yatie Awang berkata...

betul tu, setiap rumah memang perlu ada,

Ummi berkata...

Mat, akak dh byk kolek ni..konon2 la kan sbb nak tunggu ko singgah, ko pilih la pinggan mana nak guna...hahahahahhaa, tp teko aii xda okaaayyyy...i letak Tong Elken jek kat tepi meja, okaayyy? hehehehhehe