10/06/11

TERTIB MEMOTONG KUKU...

Salam semua, bersua kembali...Macam dah mula ingat2 lupa pulak kan pada blog BDD ni, haha, releks, bukan apa kadang2 blog masak2 tu kerja dia banyak, jadi terpaksa bagi tumpuan lebih. Ok malam ni nak share info yang mat dapat dari blog ini dan ini..terima kasih mat pada mereka berdua. Mat buat entri ni selain untuk rujukan sendiri juga nak share dengan mereka yang kurang pasti..Gambar atas tu ialah memotong kuku mengikut tertip dan sunnah Nabi. Dan ada juga hari2 tertentu yang elok untuk kita memontong kuku samada kuku jari kaki atau tangan. Ok mat tulis hari2 tersebut ....

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Ok tu sahaja untuk kali ni, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU, untuk semua...



6 ulasan:

bersama kak Es berkata...

rindunya aksi kucing geli2.

ingat che Mat cari gambar kucing belek kuku ...hehehe

tukang masak kukunya bersih dan kemas, nak makan pun berselera :)

~sempat tu belek ^^

az berkata...

kebersihan kuku amat penting sekali........... :)

Ummiakid @ lily berkata...

info yang baik...kdg2 mende ini yang terlepas pandang...kuku bersih kesihatan terjamin...

Adiermi O'mida berkata...

dulu pnh baca info psl ni..lps 2 lupa...then x tahu nk kerat start mana...bile bc blk bru tringt...thanks to chef mat gebu! sharing is caring each other!

Lop u! Muuuuah!

Liz berkata...

assalam ..selamat berkenalan..follow Liz yer....

Ainul Hayat berkata...

terima kasih atas info ni abg mat.