29/09/11

KADANG-KADANG AKU RASA MALU......

Salam bicara untuk semua, "MALU"...tu je yang boleh aku tuliskan untuk entri ini, entahlah kan, sejak2 ni, aku rasa malu dengan ramai blogger. Kenapa yea?...Itu satu persoalan yang aku sendiri masih tercari2 jawapan. Dunia blogger dulu dipandang sepi. Tapi tidak lagi sekarang ni. Perubahan arena blogging juga sedikit sebanyak merubah sikap blogger itu sendiri. Bukan mereka hendak jadi macam tu, tapi ini berlaku secara semulajadi kehendak persekitaran. Bila kita berblog, bergantung pada blogger itu sendiri, samada membina blog beserta dengan tujuan tertentu atau sekadar mengisi masa lapang, atau juga sebagai kenangan untuk mereka2 yang disayangai.

Bila ada blogger berkata mereka segan dengan aku..tapi hakikatnya aku sendiri berasa malu dengan mereka. Sebab, tak pasti kenapa mereka rasa segan. Aku hanya blogger biasa dari blog yang hanya dipandang oleh sesetengah golongan sahaja, blogger kelas ke dua, gelaran yang pernah aku dapat dulu, lagi pun macam aku blogger blog masakan, apa lah sangat. Komuniti kami tak besar mana, cuma pada aku kami lebih memahami antara satu sama lain..

Bila aku berjiran dengan blogger personal ternama, aku sebenarnya rasa terharu, aku mula rasa serasi, dan dengan berjiran dengan beliau lah aku mula dikenali oleh blogger2 muda mudi, bukan lah sebeleum ni tak dikenali, cuma impak dia agak lebih. Tapi jauh dalam sudut hati, aku rasa malu, sebab rasa terhutang budi secara tak langsung, blog aku bukan banyak sangat membantu, sampai ada orang yang tidak aku kenali berkata, aku menumpang kepopulariti blog orang lain..hmm kecewa dan sedikit terasa hati, tapi biar lah..mereka tau apa. Mungkin ini hanya perasaan. Bila keadaan kembali tenang, mungkin ini akan terhakis dari perasaan....Insya Allah..

11 ulasan:

AdyBudika berkata...

hidup ini umpama pantai... sekali ombak memukul pantai.. pasirnya akan berubah... namun selepas ombak itu reda... pantai tetap berpasir.. walaupun berubah....

Penggemar Coklat berkata...

wah.. suka tul dgn ayat ady tu..huhu

Iffah Afeefah berkata...

Er hati manusia tak sama PAM
biarkan mereka berbunyi seperti lalat

sekejap cuma akan terhenti jugak bunyi tu

EnY YuSniZaR berkata...

kenapa perlu rasa malu... setiap blogger ada kelebihan tersendiri dan pengalaman yang berbeza.. maka kita patut bangga dengan diri sendri.. cheer uppp CMG!!!

Sunah Sakura berkata...

pcm tak malu dengan saya kan...

Star Anise berkata...

Salam,

Saya dah banyak belajar ilmu dari CGM....terima kasih dan mohon di halalkan...
ntah apa nak dimalukan...
begitu ramai juga yang dah tumpang populariti tiffinbiru...
smile!!

Oh Oeya berkata...

242.. Follow sini ;)
Apa pun pembaca tegar laman web berkenaan Che Mat seperti Oh Oeya terus setia..
Abaikanlah mereka yang tidak menyenangi kita, asal kita sentiasa bersedia memaafkan mereka.
Usah dibeban hati sendiri memikir hal yang tidak 'memberi'.
Teruskan menulis dan bersedekah ilmu Che Mat..
Semoga diberkati dan beroleh 'ganjaran' dari-Nya.

aDisH.sHidA berkata...

CMG lepas nie jangan malu2 dngn shida yer

IBU GEBU berkata...

che mat tak perlu malu... teruskan berblogging & mberi inspirasi kepada sesiapa sahaja termasuk saya!

Edi berkata...

salam CMG,
kenapa nak malu.. org baru respek org lama, takde org lama, takdelah org baru yg terinspirasi utk berblog... tq CMG, sy suke baca blog CMG :)

edi
www.adorablecupcakes.blogspot.com

RADIAH berkata...

Moga tidak jemu berkongsi info