22/05/11

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG....

Selamat pagi....mendung langit kat Sedenak pagi tadi, ni baru cahaya mentari mencelah. Bila pagi muncul, syukur alhamulillah atas nikmat Allah swt memanjangkan usia kita untuk satu hari lagi. Ku sangka panas hingga ke petang.....rupanya hujan di tengah hari"...Begitu lah takdir yang telah ditentukan, apa2 pekara hanya kita mampu merancang, jadi atau tidak itu hanya dengan izin Allah. Kadang2 majlis yang begitu teliti, kita rancang dengan harapan akan menjadi sesempurna mungkin, tapi bila tiba masa bertukar sebaliknya.....hmm hanya berdoa sahaja yang kita mampu....

Begitu juga dengan kehidupan kita, tak siapa tahu akan berlaku pada masa akan datang. Kak ipar mat sebagai contoh, perkahwinan dia dengan arwah abang mat yang no 3, tidak sampai ke usia emas, bila Allah menjemput abang mat dulu..hmm, dah ajal kan, maka tinggalah dia bersama 4 orang anak dan 1 lagi dalam perut dan akan melahirkan pada pertengahan bulan Jun akan datang nanti....Moga semuanya dipermudahkan...Insya Allahh..

Berblog pun macam tu juga, banyak rintangan akan kita hadapi bila blog makin dikenali. Baru2 ni jiran mat sekali lagi diburuk2kan oleh mereka yang tidak senang hati dengan beliau. Tak pelah, akan ada hari pembalasan kelak, kita berdiam diri tak bermakan kalah. Kita tak boleh nak kata berblog akan "sempurna" sepanjang hayat, ada masa dan ketika pasti dilanda badai...bersabar saja lah kann...Ok dulu coretan di pagi Ahad ini. Salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....

3 ulasan:

bersama kak Es berkata...

hidup ni penuh cabaran.

Apa pun...org yang asyik nak jatuhkan orang tu..nnti kena balik kat dia kan.
hanya sabar menjadi kunci segala ketenangan.

RHI berkata...

tak pelah kita bersabar saja, InsyaAllah...Tuhan itu adil...

Sunah Sakura berkata...

yup, betul tu pcm...kadang2 Allah menguji kita di pertengahan jalan...tapi bukan saja2 Dia nak uji suka2...ade sebabnya Dia buat macam tu...tinggal kita je nak fikir...