28/06/11

AKU RASA BILA CUTI BERBLOG....1 HARI.

Salam bersiaran...maaf agak lama juga tak update blog terpinggir ni. Bukan apa, blog ni bukan tujuan untuk menarik ribuan pembaca, mat cuma buat blog ni untuk menulis apa saja yang mat fikir boleh. Anda pun sedia maklumkan, mat gebu bukan berbakat dalam penulisan, kalau memasak tu insya allah lah, tapi tulis2 ni jangan harap...hancur bersepai bahasa aku, kalau membebel tu boleh lah...Jadi minta maaf jika ada gabungan perkataan yang agak janggal pada anda, tapi ok pada mat. Tak nak terikat terlalu protokol dengan bahasa buku sekolah, jadi mat guna lah bahasa percakapan harian orang2 kita.

Ahad lepas mat berjaya cuti dari on9 selama 1 hari...Ok lah, rasa lega sikit, tapi perasaan dalaman, huhu, rasa teruja, lambatnya masa berdetik, kelip mata ternampak blog, mandi nampak blog, pendek kata semua kerja mat buat hati ada diblog...huhu susahnyaa..Adakah mat gebu "ketagih berblog"?, pendapat anda macam mana?...Hmm, tapi itu lagi baik dari kita berfoya2 ntah ke mana, menghabiskan wang ringgit tanpa ada hala tujuan (tapi kan orang macam mat, on9 pun boleh susut duit...erkk, manyak susah punya olang!!)..

Kesimpulannya, jika anda terjebak dalam dunia blogging dengan sepenuh hati, ianya ibarat satu ruang dalam diri kita, harus kita lawati, dan tinggakkan jejak untuk menunjukkan kita masih wujud dan blog masih berfungsi. Mat bukan nak kata apa, selain blog ini, mat ada blog antik yang sudah 10 bulan tak berupdate!!!...tapi itu pada mat tak jadi hal, sesuai dengan blog antik dan blog tu pun bukan kita harap untuk menarik traffic, cuma blog berkongsi barang antik sesama kolektor, jadi tiada alasan untuk mereka memberi komen yang tak sedap. Kita kolektor ni bukan setiap masa ada barang baru, lagi pun hobi itu memerlukan sumber kewangan agar besar. Ok dulu buat masa ini...salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....





7 ulasan:

Aziela berkata...

Salam Mat. Rasanya sesuai juga Mat buka blog nie. Blog memasak memang hobi, tapi rasanya pada Mat ianya jadi macam rutin atau tanggungjawab. Terima kasih atas keikhlasan Mat tu. Blog BDD nie pula adalah untuk Mat 'membebel', Untuk Mat sendiri, boleh la release tension. Nak cerita apa pun boleh. Untuk yang lain, percaya tak ramai yang suka membaca bebelan Mat tu. Kami di office nie pun suka sangat baca blog Mat. Rasa macam ada kehidupan dalam setiap bebelan tu. Yang penting...Mat hanyalah seorang insan yang jadi diri sendiri. Itu yang paling indah. Err...sesaper yang masuk dunia blogging nie, memang addicted to blogs. Jangan risau...bukan Mat sorang..hehehhe

[k]o{q}i[n] berkata...

berblogging betul2 membuatkan seseorang blogger tu leh jadi gile kalo x online dh jenguk blog... perghh..hebat penangan blog.. sudi2lah mat gebu dtg jenguk ke blog picisan saya k... salam perkenalan...

Sunah Sakura berkata...

huhuhuuhhu...kenapa saya baru baca ni...ish, nak rombak bloglist macam ni... daa~~~

fahmie firas berkata...

best entry n i
best dapat follow blog ni :)
kalau free singgah la ke blog saya, bg comment and nasihat.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

Lady Windsor berkata...

salam mat..kan..ketagih blogging..at least better than ketagih arak atau judi...yg penting kita tak kacau orang...kacau kuih je..hihi..anyway terus blogging mat..ramai tu nak baca..termasuk saya..

norlie berkata...

selamat berpuase dan salam ziarah..

Scarlett O'Hara berkata...

Memang betul Mat, bila cuti blogging, tengok kuali pun nampak blog.Tengok peti sejuk nampak blog.Tengok Aaron Aziz nampak Ben.