15/05/11

KONPIUS LAH PASAL OVEN....HMMM..

(Gamber Ehsan Google)

Konpius lahh pasal Oven....nak guna macam mana, api atas ke bawah...ke api bawah jee...nak letak tin kek kat tengah2 oven ke..atau belah bawah....pening lahh...malas lah baking, asyik tak jadi jee...huhu..tu semua masalah yang kita hadapi sebagai pembuat kek amatur. Mat kadang2 pun dapat soalan pasal oven, pendek kata paling kerap... Macam ni nilah, kita bakar kek, biskut, roti atau apa2 saja, bergantung pada jenis oven kita, dan jika kita kerap guna, lama ke lamaan kita akan faham macam mana style oven kita berfungsi dan penyesuaian suhunya.

Selain teknik membakar, tin kek kita juga memainkan peranan. jika menggunakan jenis tin kek non-stick kaler hitam, suhu oven harus kita rendahkan, sekurang2nya 20C, ini kerana tin kek hitam kadar resapan haba dia lebih tinggi berbanding tin kek aluminium, jika kita guna suhu yang disyorkan dalam resipi, ada kemungkinan kek akan hangus diluar dan tidak masak di dalam. Lagi satu pasal suhu, jika anda menggunakan oven yang baru, kadar pemanasannya mungkin lebih cepat dan pantas, ini kerana lingkaran besi pemanas dia masih baru tanpa ada kesan karbon, berbanding oven yang kerap kita guna. Tapi zaman sekarang ni telah muncul acuan kek silicone, dan ia amat2 berguna, kalau guna silicone, mat selalu kekal kan suhu seperti dalam resipi. Apa yang utama, sebelum membakar, pastikan oven anda dipanaskan terlebih dahulu dalam 10 - 12 minit.

Kalau anda menggunakan oven berkapasiti agak besar, kedudukan tin kek mungkin boleh diletakkan pada level 2 dari bawah, ini semua bergantung pada resipi, selalunya untuk kek gulung, disyorkan membakar nya pada bahagian tingkat tengah oven, sebab kek untuk swissroll agak nipis dan cepat masak (anggaran 20 - 25 minit). Dan yang penting, anda HARUS membaca buku panduan yang disertakan. Perihal api pulak selalunya mat guna kedua2 api atas dan bawah untuk membakar kek, tapi tidak pada kek lapis, kecuali jika disyorkan dalam resipi. Jika oven anda dilengkapi "kipas", ia sesuai diguna semasa membakar pastry atau puff pasrty, ini kerana hot air circulation akan menambah ruang dalam puff pastry tadi dan menjadikannya lebih rangup.

Membakar biskut pun ada kala tak sekata, selalunya mat bakar guna suhu sekitar 170C, dan jika masa yang disyorkan 15 minit. Lepas 8 - 10 minit, mat akan pusingkan dulang yang berisi biskut tadi, tujuan untuk mendapat biskut yang sekata warnanya. Selalunya, untuk biskut mat guna api atas dan bawah, dan loyang diletakkan pada aras ke dua...Hmm ada lagi mat tulis, tapi nampak macam dah panjang berjela pulak..kita share di lain entri nanti. Ok dulu, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....



16 ulasan:

Sunah Mohammad berkata...

wahhhhhhhhh...bagus entri ni!! sangat2 membantu saya yang suka bakar kek!!! hahahaha~ thanks pcm~

Zack Zachoes berkata...

post cik mat terbaekk.. hehe, susah nak jawab soalan camni kalau orang tanya sebab oven masing-masing lain. yang paling penting, kenali oven anda.

Mas berkata...

maceh che mat sudi berkongsi tips yang bagus ni tentang penggunaan oven...
mas ada 2 oven, satu baru dan satu yg lama dan saiznya pun berlainan..
memang tak sama untuk cara penggunaannya...

jadi tips ni amat berguna pada mas...

bersama kak Es berkata...

tips yang baik
kadang2 mmg kompiu gak api atas ke bawah ke..

patutl kalau guna non-stick tu cepat masak...kdg2 dah terover...ooo baru ku tahu

Thanks CMG

Aya Yus berkata...

Betul! Betul! Cam saya la, walau dah beli oven baru, oven butterfly lama tu jugk kadangkala saya guna sebab dh biasa dan senang nak agak. Hehe..

CT NoArIzAh ArIs berkata...

Wah CMG dah bukak rmh baru lagi rupanya... tahniahlah dr sy w/pun agak lewat sy tahu tapi macam biasa sy nak jadi pegunjung setia gak kat sini macam kat DTS tuuu !!!

arawa_29 berkata...

klu guna oven yg convection plak mcm na yea????

azila berkata...

ok, bagus info ni bg yg baru berjinak2 nak masuk era membaking ni...tp nanti nak p beli oven baru..zla still nak tanya en.mat lg pasal ni.heheh.

Isteri Encek Bard berkata...

nice tips lah CMG.. terima kasih yer

tok_chik berkata...

tc nak simpan petua ni
dah hampir setahun oven kat rumah tu, masalah mcm yg cik mat sebutkan memang memeningkan
ada kalanya ok...selalunya ko...
keke yang dimasak selalu lembik ditengah
tc guna oven murah jenama cornell...yang kapisti 35liter
dah jenuh dah mengadjust suhu dan cara membakar

lagi satu...nak tnya pada yang arif...ada satu tray hitam yang besar tu..perlu dikeluarkkan ke tray tu keitka kita membakar kek atau pun dibiarkan aja....apa fungsi tray tu

Mekar berkata...

Best la cik mat. Time kasih atas info ini

HURAIZAH ZAKARIA berkata...

Salam Encik Mat,
Saya ni pompuan..tapi tak pandai buat kek.
nak tanya :-
kalau guna oven murah (pensonic) yang pintu depan kaca cemaner nak bakar kek?
-nak panaskan berpa lama? Berapa celcius?
-Ada suggestion berapa lama nak praktis sebelum boleh jual?

Unknown berkata...

assalamualaikum..
nak minta tolong cik mat bagi cadangan jenis/jenama oven yang sesuai dan harga berpatutan..
tq

ddianna berkata...

knp cik mat tak reply komen2 di sini...sy pun br nk berjinak2 dgn oven ni...sgt minat tp xtau nk beli oven jenis cam gane....

Qaleesya Khairil berkata...

ye la reply la... klu panggang ayam macam mane plak ek.. ayam sekor tu... nk guna top ke bottom ke dua skali

drNajmi anuar berkata...

Tok_chik..saya pun gunakan oven corrnell jugak, letrik tu..selalu kek memang jadi tapi bab2 hangus bawah tu memang hebat..smp kena buat lah crispy part tu huhu sedih2..n oven kita tu mcm mana nak tahu ada kipas ke tak yee..? Hu