29/09/11

SEMBANG PETANG HARI..


Satu petang di kawasan perumahan separa elite di pinggir bandar besar......


Kak Kiah : - Limahh...yuuu huuu...nak gi mana tuuu...menonongg jeeee!!!!..meh leer singgah sini minum2 teh dulu...

Kak Limah :- Oitt Kiahhh, terkejut aku..baru balik kedai Pak Tam, beli cili padi, cadang nak masak lemak cili padi... Yelah2 aku singgah kejap... Aikk air teh beng jee kee, kueh2 mana, kata nkoo blogger masak2 femess... (nada perli)..

Kak Kiah :- Ehh..adaaa..tu karipap lapis, kueh lapis, talam lapis...tak nampak keee...tau lah nko dah tua kan.....tu spec, tambah leeer power..

Kak Limah :- Amboihh, ayat kan main lagi...eh lawa karipap lapis nih, boleh aku tempah 100 biji nanti untuk majlis bertunang anak aku, si Gayah...

Kak Kiah :- Hooo, si Gayah nak betunang dah kee..laaa, tak dengau2 cerita, tup2 nak bertunang dah, dapat "dato" mana?..ke kawen dengan artis?...

Kak Limah :- Alaaa orang biasa jeee Kiahh...derebar...

Kak Kiah :- DEREBAR!!!..... si Gayah tu kan balik obersi, lepas tu keje pun bagus, yang nko setuju dia nak tunang dengan derebar tu pesal....nko lupa makan ubat eks?..

Kak Limah :- Dah dia suka, lantak lah..aku ni bukan jenis memilih janji dia bagi anak aku cukup segala2nya..lahir dan BATIN, jaga elok2...sudah lahh...kang memilih sangat takut sampai kerepot tak menikah si Gayah tu...tumbuh cendawan kiahh oiiii!!!...

Kak Kiah :- Choiiiiii!!!...selisih malaikat...ada ke kata macam tu kat anak sendiri...tapi dah terlanjur gosip2 ni, nak gak tau..Derebar lori tangki mana berjaya pikat hati si Gayah tu...cer cerita sikit kat aku..

Kak Limah :- Tu hari kata si Gayah, boipren dia tu derebar biasa2 jee, Kiahh....apa kata omputeh..pelot...haaa macam tu leer bunyi dia..pelot..

Kak Kiah :- Wahhh..itu bukan derebar lori kontena, tu derebar kapal terbang lah Limahhh...Pilot, bukan pelot...nkoo nihh!!

Kak Limah :- Yee keee....mati2 aku ingat derebar lori kontena, macam tu aku topup order karipap lapis nko 200 biji eks, Ahad depan aku nak....Aku balik dulu lah Kiah...tak sangka gayah nak kawen dengan pelot...derebar kapal terbang......

Kak Kiah & Kak Limah :- Hahahahaha.......

SEKIAN SEMBANG PETANG HARI.....

KADANG-KADANG AKU RASA MALU......

Salam bicara untuk semua, "MALU"...tu je yang boleh aku tuliskan untuk entri ini, entahlah kan, sejak2 ni, aku rasa malu dengan ramai blogger. Kenapa yea?...Itu satu persoalan yang aku sendiri masih tercari2 jawapan. Dunia blogger dulu dipandang sepi. Tapi tidak lagi sekarang ni. Perubahan arena blogging juga sedikit sebanyak merubah sikap blogger itu sendiri. Bukan mereka hendak jadi macam tu, tapi ini berlaku secara semulajadi kehendak persekitaran. Bila kita berblog, bergantung pada blogger itu sendiri, samada membina blog beserta dengan tujuan tertentu atau sekadar mengisi masa lapang, atau juga sebagai kenangan untuk mereka2 yang disayangai.

Bila ada blogger berkata mereka segan dengan aku..tapi hakikatnya aku sendiri berasa malu dengan mereka. Sebab, tak pasti kenapa mereka rasa segan. Aku hanya blogger biasa dari blog yang hanya dipandang oleh sesetengah golongan sahaja, blogger kelas ke dua, gelaran yang pernah aku dapat dulu, lagi pun macam aku blogger blog masakan, apa lah sangat. Komuniti kami tak besar mana, cuma pada aku kami lebih memahami antara satu sama lain..

Bila aku berjiran dengan blogger personal ternama, aku sebenarnya rasa terharu, aku mula rasa serasi, dan dengan berjiran dengan beliau lah aku mula dikenali oleh blogger2 muda mudi, bukan lah sebeleum ni tak dikenali, cuma impak dia agak lebih. Tapi jauh dalam sudut hati, aku rasa malu, sebab rasa terhutang budi secara tak langsung, blog aku bukan banyak sangat membantu, sampai ada orang yang tidak aku kenali berkata, aku menumpang kepopulariti blog orang lain..hmm kecewa dan sedikit terasa hati, tapi biar lah..mereka tau apa. Mungkin ini hanya perasaan. Bila keadaan kembali tenang, mungkin ini akan terhakis dari perasaan....Insya Allah..

26/09/11

IBARAT DEDAUN KERING...

Masa dan usia ada lah satu keadaan yang seiring. Bila masa berubah, usia akan mengikut jejak. Hingga sampai satu ketika, masa masih berjalan tapi usia berhenti di satu takuk ketentuan yang telah ditetapkan. Maka berubahlah segalanya. Hidup ibarat putaran waktu, dari siang berubah ke malam, hidup umpama dedaun, menghijau di kala muda berubah hijau tua dan menjadi keperangan dan akhirnya kecoklatan.........gugur ke bumi tapi tak pasti akan terus ke bumi, walaupun tarikan graviti telah menetapkan fitrahnya begitu.

Antara jarak waktu dedaun kering gugur, pelbagai kemungkinan akan berlaku, ditiup sang bayu, maka dedaun tadi akan berterbangan ke destinasi yang tak pasti. Di timpa air hujan, dan dihayutkan arus deras..juga tak pasti destinasinya....ketentuan Ilahi yang telah menetapkan ke mana hala tuju si dedaun kering. Hidup kita pun sama, merancang dengan penuh sempurna, elok dan seakan2 pasti berlaku, jika ia tidak di "lulus" kan oleh pencipta., semuanya akan pincang dan berubah.....terima dengan hati terbuka dan kita percaya pada Qada Qadar dan sesungguhnya ada hikmah yang tersembunyi....Biarlah masa akan menentukan...kita hanya mampu berDoa...

Bicara Seorang Insan Yang Berdosa .....Moga Allah menunjukkan aku ke jalan yang benar dan pasti....

25/09/11

SI MANIS YANG BEGITU MANIS.......


Bloggersimanis said...

Salam bahagia CMG...

Walau hati lara,
Jiwa sangat membara,
Mata menitiskan airmata,
Mengapa perlu kita berduka...?

Saat kita rebah,
Harapan kita punah,
Hidup seharus nya indah,
Mengapa perlu kita mengalah...?

Jangan bersedih kawan,
Usah difikirkan lawan,
Bancuhlah kopi secawan,
Merawat hati mu yang rawan...


Salam sayang dari simanis...
http://www.syima.com/

September 25, 2011 5:42 PM