18/05/11

RAHSIA DI DAPUR....ANDA PERLU TAU..

Salam dan bertemu kembali.. Anda suka membakar kek, muffin, pie dan juga pastry?..Jika suka kita sekurang2nya perlu ada barang asas yang penting untuk kegunaan dalam membuat kerja2 didapur terutama mem'baking'. Ok mat tulis serba sedikit bahan2 asas yang perlu...ini mat ikut gaya mat lah yeaa..kalau mana anda rasa tak perlu ada, tak payah nak ikut...Jom kita mulakan..

1 - OVEN - Yang ini ialah benda asas yang paling utama jika anda berniat nak membakar kek, muffin, cookies atau roti. Tanpa oven memang tak dapat lah nak laksanakan apa yang anda ingin kan tu...

2 - ALAT PENIMBANG - Penting..terutama untuk mendapat sukat timbang yang betul berdasarkan resipi yang kita ikut. Di pasaran ada alat timbang biasa dan jenis digital, ikut budget anda, yang mana, janji ia memberi manfaat pada kita untuk jangka masa panjang..

3 - TIN KEK - Yang ni perlu, tapi sebagai asas, mat syorkan anda perlu ada loyang bulat 8 inci, 9 inci dan juga jens 4 segi 8 inci x 8 inci x 3 inci, sebagai asas, jika ada budget boleh juga dapat kan tin kek jenis boleh tanggal2 atau spring-form tin, ini memudahkan anda membuat kek keju kelak. Benda2 lain tu ikut keperluan anda, boleh tambah bila2 anda suka..

4 - PAPAN PENCANAI DAN TORAK (ROLLING PIN) - Perlu sangat jika anda ingin membuat biskut atau cookies serta mencanai pastry untuk tat atau pie.

5 - CAWAN/CAMCA PENYUKAT - Kalau zaman dulu guna gelas, cawan atau "agak2 saja", sekarang perlu lah kita ada cawan/camca penyukat, tak mahal, yang plastik pun ada..Selalunya 1 set cawan penyukat datang dengan saiz 1 cawan, 1/2 cawan, 1/3 cawan dan 1/4 cawan. Begitu juga dengan camca penyukat, 1 camca besar, 1/2 camca besar, 1 camca teh, 1/2 camca teh, 1/4 camca teh dan 1/8 camca teh...

6 - BERUS PASTRY, CAKE TESTER DAN SPATULA - Antara yang perlu ada, berus pastry penting untuk menyapu kuning telur pada pastry atau biskut. Tapi kan masa beli tu harus berhati2..selain berus dibuat dari nylon dan silicone, terdapat juga dari bulu "babi"..ha, ngeri kan. Cake tester tu kalau tak de pun tak pe, kita boleh guna lidi sate. Spatula penting untuk mengadun kek terutama resipi yang perlu putih telur diadun dalam bancuhan kek seperti kek chiffon.

7 - WHISK, KERTAS MINYAK, PENGAYAK - Whisk amat perlu, bukan saja untuk baking, tapi sesuai digunakan dalam kerja lain didapur, ada pelbagai saiz, jadi anda beli ikut keperluan atau yang sesuai. Kertas minyak penting untuk mengalas tin kek, begitu juga pengayak, mana2 resipi pun akan mengesyorkan kita mengayak tepung yang telah dicampur dengan baking powder atau serbuk koko. Tepung yang telah diayak juga lebih ringan dan akan memberi hasil kek yang lebih baik...

Ok dulu untuk kali ini, insya allah nanti ada masa mat tulis lagi...salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU.....

3 ulasan:

SITI NOARIZAH ARIS berkata...

Sebahagiannya sy ada sebahagian lak x ada... ni tengah nk mengumpul lagi koleksilah ni... tapi bab oven tu dah tentu ada dari dulu sebab itu yg plg penting sekali dalam bab membaking dan memasak.

Sunah Sakura berkata...

waaaaaaaaaaa......sangat berguna!!! thanks pcm~

CT berkata...

Waaaa, akk ada item no 1, 2, 3, 4 je...hehehehe...pemalassssssssssss :)