Berblog....satu tren masa kini, tak kira, usia berapa, orang besar, orang kebanyakkan, budak sekolah, budak U, semua berblog jika mereka berminat. Pada era sekarang, berblog antara medium penting untuk menyampaikan maklumat. Orang2 besar, orang2 media pun telah menggunakan teknologi ini. Kita sebagai blogger pinggiran, ada masa berblog sungguh mengujakan, membanggakan dan memuaskan.
Namun, dalam kegembiraan itu ada ketika terselit onar dari mereka2 yang tidak senang dengan kehadiran kita sebagai blogger. Sikap manusia ni ada kala tak boleh nak ubah samada di alam nyata atau cyber..Suka duka berblog mat pasti ada yang telah merasa. Hampir 5 tahun mat berblog masak "DTS-MAT GEBU"...ada lah juga mendapat kritikan2 yang kurang membina dan agak pedas. Syukur alhamdulillah sungguh begitu blog masak2 memang kurang sekali mendapat kritikan keji, sebab pada mat mereka tiada "point" untuk mengeji kami, nak kata kami popular, alah hai, sapa lah kenal..hanya berlegar sekitar geng blog2 masak saja.
Lepas mat berjiran dengan Ben Ashaari, baru mat sedar, ada segelintir manusia yang tidak boleh menerima kenyataan, tidak dapat menerima jika orang lain lebih bagus dari mereka. Pada mat jika kita hendak menjadi blogger yang bertahan lama, mesra pengguna, kenalah berfikiran lebih terbuka...jika mereka hebat, kita cubalah ambik tau apa rahsia mereka, bukan mengutuk dan menghina sesuka hati...kan. Coretan pagi ini mat tulis sementara menunggu bahan2 mentah ku sedia untuk dimasak....salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU...
10 ulasan:
dunia blog sekarang dah lain...huhuhu..siyes sangat berbeza dengan dulu-dulu..sekarang sifat dengki mendengki lebih cepat menular dari bantu membantu sesama blogger...kita? nak letak diri dalam golongan mana?
Tahniah Mat Gebu! saya mengikuti setiap blog Mat..dari Tiffin Biru ,DTS,blog pinggan mangkuk..sampailah yg terbaru ini..Semuga terus sukses!
tapi berapa lama org hati tak berapa nak baik ni boleh bertahan?
biasanya yang ikhlas boleh pergi jauh.
yang malas tu lain ceritalah kannn hehehe
yang lalat tuuu..takkan ke mana. Last2 mati kena ketuk dengan pengetuk lalat juga
Mat...
pada kita yang dah lama berblog ni.. hehehe.. kita jadikan laa ianya mcm perasa masakan yang kita tak perlukan.. kita guna apa yang perlu dan sedap jerrr...
hmmm.. rindu masa kita mula2 berblog dan berFP.. hehehe.. masa tu.. ikatan kita memang erat.....
setuju dgn kak sunah.... tapi ape pun, saye harap..agar semangat saya utk berblog akan terus kekal.. mcm anda semua...heee
pengalaman suka dan duka memang tak dapat dipisahkan dari hidup kita. Semoga Mat dan kita semua terus bersemangat untuk berblog..
Cik Mat, dah berapa buah blog sekarang ni cik mat ada?
blog PCM che mat bukan untuk dikeji..tp untuk amek resipi baru and mencuba nya...
lalala~
Yep...setujuuuuu dgn Mat... Kalau x suka dengan kita2 semua, sila pulaukan diri sendiri kan Mat kan... ^__^
camtu yer kalau dah glamer,,mcm sy ni biase2 jer,,msh bnyk yg tk tahu psl blog,,
Catat Ulasan