24/05/11

ISU HALAL...AMAT MENGELIRUKAN..

Pagi semua, hmm halal di Malaysia ni sungguh mengelirukan..kadang2 nak makan semua benda jadi was-was. Paling membimbangkanm, baker's seperti kita orang ni. Dari satu bahan ke satu bahan, ada saja yang tak kena, bahan2 makanan ada tu menjadi darah daging kita, tiba2 keluar kenyataan "tak halal"..peningg!!. Contoh, dulu isu minyak sapi QBB, tapi sekarang dah halal. Sejarah dalam masakan orang2 Melayu kita, minyak sapi QBB tu menjadi pilihan sejak dulu, kerana ia sedap dan wangi, tapi teman2 di Singapura kata ianya ok dan halal di sana (walaupun S'pore bukan negara Islam, dari segi Halal/Haram, mat rasa agak ketat juga pantuannya).

Baru ni keluar pula isu mentega Golden Churn tidak halal, buat pengetahuan anda, mat memang guna mentega tu untuk buat kek dan biskut. Pada mat ia adalah mentega terbaik setakat ini, harga memang mahal sedikit, tapi kepuasan tu penting. Bila Sunah bagi tau mat tu hari pasal isu mentega, terus rasa down, maklumlah mat ada 7 tin mentega dalam stok..huhu, nasib baik mat tak beli semua kat kedai tu...harga setin kalau di Tesco dalam RM 14+ untuk tin seberat 340 gram.....Rugi namum syukur alhamdulillahh...

Semalam mat nampak ada lagi isu halal ni dibeberapa blog teman2 antaranyanya blog Ayu Citarasa Rinduan dan blog Izamir....berita2 pulak dipetik dari M-Star on line di sini. Kalau fikir2 kan macam mana lah Malaysia nak jadi hub makanan Halal, walhal benda2 kita makan pun tak pasti halal atai tidak, setakat logo halal semua boleh letak. Orang kita pun satu, kalau makan di cafe2 yang ada "kelas". asal ada logo halal, depa main belasah semacam....huhh., tak mo komen isi ni, takut kena saman kang...Ok dulu, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....

6 ulasan:

Sunah Sakura berkata...

itu la kan pcm..hurmmm...

Sunah Sakura berkata...

perghhhh! kesian la Secret Recipe...takleh makan dah, tak halal...depa guna tepung puratos tuu..huhuhuhu...lepas ni makan ciskek pcm jee...

Sunah Sakura berkata...

ehhh? ok...dah baca kat blog Izamir..hehehe...halal lagi~ yeayyy~

Sis Lin berkata...

Sunah...SR dah HALAL ler...tu semua nak menjatuhkan SR je tu...huhuhuhu

Izamir Ridzwan berkata...

penign2... benda ni sepatutnya jakim kawal ketat2, bru lah tak timbul isu cmni..

Unknown berkata...

cik mat.. bab SR tu, mmg halal...

dia tak ambil tepung dari syarikat puratos, tapi nama tepung tu yang bunyinya SR..

setuju sangat2 bab halam haram nie. bila dah macam nie.. kita makan lain jer buat sementara waktu.. rehat banking dulu