28/05/11

SETIAP KITA ADA LAH BERBEZA...

(Gambar Ehsan Google)

Sabtu muncul lagi, bagi yang bercuti, selamat bercuti, masa untuk bersama keluarga. Hmmm, anda apa khabar?..sehat?, mudah2an begitulah hendaknya. Kita dalam dunia ni unik, setiap manusia ciptaan Allah memang disertakan dengan karektor berbeza, cuba tengok cap jari, walaupun kita adik beradik sedarah, seibu sebapa, tapi ianya tetap tak sama antara satu sama lain. Dari banyak pekara pun begitu, kecergasan, gaya pemikiran dan juga pembawakkan diri masing2 tak sama. Tapi manusia ini ada kala berubah dengan keadaan persekitaran...

Begitu juga dengan selera setiap manusia, kita sebenarnya tidak dapat memuaskan setiap orang, macam mat kan blogger masak2, dah lah tu jenis suka ulang tayang resipi, sah ada yang jemu. Ada yang tanya kat mat, CM, sedap ke eks, apa rasa nya masakan u...Macam ni lah, seperti mat kata sebelum ni, selera manusia ni tak sama...kalau 10 orang kata sedap, mungkin yang ke 11 kata tak delah sedap sangat, ok ok saja...itu hak dia, sebab tekak dia yang rasa macam tu. Pada mat dalam dunia ni masakan dari air tangan ibu kita juga paling sedap dan nikmat...setuju tak?..

Sebagai blogger juga begitu, kita adalah unik, mat lain, ben lain, ady lain...sunah..lagi lah lainn. Maksud mat sini, gaya kita berblog tak sama, walaupun sealiran. Mat selalu singgah di blog masak2 milik teman blogger macam kak ummi, rima, hana, azlita dan lain2...walaupun mereka ada mencuba resipi yang sama, tapi hasilnya ada tu berbeza, lebih lawa..lebih mengiurkan...itu semua bakat yang telah dianugerah kan pada kita....syukur alhamdulillah....Tu dulu setakat ini, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU...

27/05/11

OTAK LETIH...MATA TAK NAK LENA..

Huhu...penat dah rasa, tapi mata tak mo lelap pun...Tadi nyaris2 nak demam, mula rasa sejuk, tapi alhamdulillah, ni rasa selesa, mungkin ubat dah jalan masuk ke dalam badan. Mat kan kalau malam ada kala susah juga nak tidur lena..Tapi bangun pulak awak, sekitar jam 5.30 pagi atau lebih awal..atau ada juga seawal jam 4 pagi!!..kalah orang meniaga kantin sekolah, pengsan kan. Habis tu nak buat macam mana lagi, memang cukup masa je dia sedar kan diri. Nak kata insomnia pun tak juga, yelah ada masa tidur ok saja. Cuma mat ada kala nak tidur ibarat mimpi ngeri sebab tak boleh nak nenyak dan kerap terjaga..huhu..

Waktu siang ada lah "Pantang" mat tidur, bukan apa nanti kalau tersedar, nafsu ku jadi buas, nak marah, gerammm grrrr...saja, pantang yang ada aku tak puas hati, mesti kena punya lahh..'
Semut lalu pun aku marah, apa lah dosa si semut tu kan. Kesiann... Hmm takpe lah apa2 yang berlaku atas diri kita pasti ada hikmahnya. Ok lah entri pendek dan ringkas ni mat akhirkan di sini dulu...salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....

24/05/11

NAK DERHAKA RESIPI PUN AGAK2 LAHH...

Derhaka resipi memang kasar bunyinya..tapi kalau nak buat, pastikan anda yakin...lepas tu agak2 lah, jangan tersasar sangat. Derhaka sikit2 jadi lahh, jangan oter lebih 50% dari resipi asal, tu melampau namanya, tapi kalau nakk juga, its your choice, tepuk dada tanya selera, cuma kalau tak dapat hasil yang memuaskan, anggap sajalah itu pengajaran, jangan salahkan orang lain. Maksud mat derhaka tu cuma ganti atau tambah sedikit bahan2 dalam resipi tersebut, bukan kita terlungkup kan semuanya sekali bagi jahanam. Grrrr...tak bes weyy itu macam..

Derhaka resipi ni juga sebenarnya boleh membuat satu2 resipi itu lebih versatile, tapi tak mungkin rasa akan sama macam yang asal.. Contohnya, penggunaan tepung kek, atau tepung halus, anda boleh ganti dengan tepung gandum. Gula halus, kadang2 mat ganti dengan gula perang @ soft brown sugar, susu segar jika tak de, mat bancuh susu tepung dengan kuantiti cecair yang disyorkan..itu hanya sebahagian yang mat buat. Hasilnya?....hmm ada tu sungguh memuaskan TAPI ada juga yang menghampakan, apa2 pun pengalaman mematangkan kita...

Satu lagi...yang ni penting mat nak ingatkan pada semua, tak kira blogger masak, personal atau apa saja lah...Bagi lah kredit pada tuan punya resipi, bukan susah mana, tulis link blog mereka saja, ini sebagai etika kita bila dah ambik resipi atau apa2 maklumat dari blog orang lain. Walaupun anda telah ubah resipinya, tetap juga kita bagi kredit pada pemberi resipi, sebagai penghargaan. Bila kita buat pada blogger lain, insya Allah, orang akan buat yang sama pada kita nanti...kan elok macam tu....Ok salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU



ISU HALAL...AMAT MENGELIRUKAN..

Pagi semua, hmm halal di Malaysia ni sungguh mengelirukan..kadang2 nak makan semua benda jadi was-was. Paling membimbangkanm, baker's seperti kita orang ni. Dari satu bahan ke satu bahan, ada saja yang tak kena, bahan2 makanan ada tu menjadi darah daging kita, tiba2 keluar kenyataan "tak halal"..peningg!!. Contoh, dulu isu minyak sapi QBB, tapi sekarang dah halal. Sejarah dalam masakan orang2 Melayu kita, minyak sapi QBB tu menjadi pilihan sejak dulu, kerana ia sedap dan wangi, tapi teman2 di Singapura kata ianya ok dan halal di sana (walaupun S'pore bukan negara Islam, dari segi Halal/Haram, mat rasa agak ketat juga pantuannya).

Baru ni keluar pula isu mentega Golden Churn tidak halal, buat pengetahuan anda, mat memang guna mentega tu untuk buat kek dan biskut. Pada mat ia adalah mentega terbaik setakat ini, harga memang mahal sedikit, tapi kepuasan tu penting. Bila Sunah bagi tau mat tu hari pasal isu mentega, terus rasa down, maklumlah mat ada 7 tin mentega dalam stok..huhu, nasib baik mat tak beli semua kat kedai tu...harga setin kalau di Tesco dalam RM 14+ untuk tin seberat 340 gram.....Rugi namum syukur alhamdulillahh...

Semalam mat nampak ada lagi isu halal ni dibeberapa blog teman2 antaranyanya blog Ayu Citarasa Rinduan dan blog Izamir....berita2 pulak dipetik dari M-Star on line di sini. Kalau fikir2 kan macam mana lah Malaysia nak jadi hub makanan Halal, walhal benda2 kita makan pun tak pasti halal atai tidak, setakat logo halal semua boleh letak. Orang kita pun satu, kalau makan di cafe2 yang ada "kelas". asal ada logo halal, depa main belasah semacam....huhh., tak mo komen isi ni, takut kena saman kang...Ok dulu, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....

22/05/11

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG....

Selamat pagi....mendung langit kat Sedenak pagi tadi, ni baru cahaya mentari mencelah. Bila pagi muncul, syukur alhamulillah atas nikmat Allah swt memanjangkan usia kita untuk satu hari lagi. Ku sangka panas hingga ke petang.....rupanya hujan di tengah hari"...Begitu lah takdir yang telah ditentukan, apa2 pekara hanya kita mampu merancang, jadi atau tidak itu hanya dengan izin Allah. Kadang2 majlis yang begitu teliti, kita rancang dengan harapan akan menjadi sesempurna mungkin, tapi bila tiba masa bertukar sebaliknya.....hmm hanya berdoa sahaja yang kita mampu....

Begitu juga dengan kehidupan kita, tak siapa tahu akan berlaku pada masa akan datang. Kak ipar mat sebagai contoh, perkahwinan dia dengan arwah abang mat yang no 3, tidak sampai ke usia emas, bila Allah menjemput abang mat dulu..hmm, dah ajal kan, maka tinggalah dia bersama 4 orang anak dan 1 lagi dalam perut dan akan melahirkan pada pertengahan bulan Jun akan datang nanti....Moga semuanya dipermudahkan...Insya Allahh..

Berblog pun macam tu juga, banyak rintangan akan kita hadapi bila blog makin dikenali. Baru2 ni jiran mat sekali lagi diburuk2kan oleh mereka yang tidak senang hati dengan beliau. Tak pelah, akan ada hari pembalasan kelak, kita berdiam diri tak bermakan kalah. Kita tak boleh nak kata berblog akan "sempurna" sepanjang hayat, ada masa dan ketika pasti dilanda badai...bersabar saja lah kann...Ok dulu coretan di pagi Ahad ini. Salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....

21/05/11

INDAHNYA SUASANA PAGI....TAPI AKU....

(Gambar Ehsan Google)

Pagi Sabtu muncul kembali, Mat pagi ini seperti biasa menjalankan rutin harian, cuma bezanya, rutin ku sama saja, tak banyak berubah..aku malas nak membantah, ikut sahaja...jiran mat selalu berpesan, buat apa2 perlu ikhlas, apa2 tindakan perlu bersikap matang....hmmm betul juga, itu seharusnya ada pada setiap manusia, kematangan dalam berfikir dan membuat apa2 keputusan. Jika keputusan kita diperngaruhi oleh orang lain akan membuatkan kita rasa serba salah...bila percanggahan pendapat timbul dan keputusan tidak berpihak pada kita, hmm, entah lah..malas nak fikir biar masa menentukan segalanya...

Pagi ini mat rasa sedikit legaa...bukan mat suka2 nak menulis isi hati atau benda2 yang berkaitan perasaan, tapi ini hanya sebagai luahan...kalau anda rasa ia mengjengkelkan, mat faham, dan tak paksa sesiapa membaca atau menilai, seperti mat kata dulu, aku wujud di dunia blog bukan sebagai seorang blogger penulis, tapi hanya sebagai blogger masakkan... Apa lah sangat menjadi blogger masak2, kalau dilonggokkan dalam beberapa blogger hebat, sah kami jauh terpinggir atau hanya dikenali oleh blogger seangkatan dengan kami....

Tadi geng masak2 mat YM dari Hanoi, dia tanya, mat kenapa status koo semenjak2 ni macam merajuk jee..hmm ntah lah itu perasaan mat gebu, tiba2 aku terasa hati yang tatau mana puncanya, ke sensetifan mula menyinggah, dulu aku blogger kebal, koo kata, koo keji dengan segala macam, aku memang tak kesah...ego aku mengatasi segala2nya, kalau aku tak suka, aku buang, aku hapuskan ia dari blog ku....tapi sekarang, semuanya seakan2 berbeza...adakah sebab usia makin tua dan tembok keegoan mula menipis...hmmm Allah sahaja yang tau. Itu saja yang dapat mat tulis, terima kasih yang sudi membaca...Salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....

BOSANNN...LAHHH....

(Gambar Ehsan Google)

Hmmm....bosan lah, dari malam semalam tiba2 mat rasa bosan sangat2, geramm pun ada..grrr, sabar yeaa mat gebu...jika orang lain tak suka anda, pasti ada yang akan menyukai, tak pelah adat manusia, bukan kita boleh paksa semua orang suka pada kita...ada tu suka bila perlu, bila sudah dapat apa yang mereka perlu....sudah mencapai apa yang mereka ingin kan, kita tak de apa2 makna bagi mereka...hmm, biar lah..tak pe kita ikhlas kan saja walaupun ke ikhlasan itu bukan hak kita untuk mengatakannya. Sifat manusia ni ada kala berubah2...ada masa jadi begitu rapuh, fragile kata orang puteh...ada masa bertukar jadi ganas, keras dan berapi...takut kannn...tak nak lah macam tu...huhu, beristighfar banyak2....

Hmmmmmmmmmmmmm........mengeluh pun tak guna, tak pelah, esok lusa akan kembali lah ia seperti sediakala...Perasaan, emosi tak boleh nak dijangka masa berubahnya. Coretan ini bukan ditujukan pada sesiapa, bukan teman2, saudara, juga sahabat2 blogger....tapi ini lah yang aku rasa masa pertengahan usia blog aku dulu.....Sejarah siapa boleh lupakan.... Salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....

20/05/11

BILA "ERA" MENYAPA MAT GEBU....

Tiba2 satu sms dari nombor 012 - 2728*** , hmm tak kenal dan tiada dalam senarai. Bila baca sms dia berbunyi---> "Hi. My nama is Nura on behaif of DIGI. We'd like to interview u on Era FM sometimes during week commencing May 16th during the morning show. Wld u be interested? Pls call back this number."....Waa terus mat teruja dan sms ku hantar pada jiran sepagarku Ben Ashaari...dan forward kan sekali sms tu..saja share berita gembira, pada mat masa tu tak de lain selayak dia, sebab mat join DIGI tu pun Ben yang cadangkan...jadi anda fikir lah sendiri. Maka berlakulah urusan mat dengan pihak DIGI tu dan kata persetujuan pun dicapai....dia kata confirmation akan dibuat dalam beberapa hari berikutnya....

Jumaat lepas (13 hb May 2011), mat mendapat panggilan dari ERA dan mereka beri kata putus akan menginterbiu mat pada hari Khamis (19 hb May 2011) oleh Pak Nil...wahh mat pun setuju lah, hmm pelung ni bukan selalu datang. Tujuan mereka ialah untuk memberi peluang mat promot kan blog DTS yang menyertai DIGI WWWOW AWARD, dalam kategori TOP MAKAN2 XPERT di sini... Masa 2-3 minit sebelum Pak Nil tanya tu, terlebih dahulu Hanif call dan dia bertanya serba sedikit dannn sebenarnya blog DTS tu telah dipilih oleh "RAY" untuk ke udara di ERA....waaaa...terharu okehh...terima kasih pada RAY...atas kesudian anda itu....

Maka lepas tu mat pun mula berinteraksi dengan Pak Nik dan Ray dan Haniff (ehh..tak perasan pulak sebab dengar suara Pak Nil dan Ray jee). Rasa macam cepat tau kena jawab, adehh, walaupun 2 soalan saja, pertama pasal blog dan satu lagi kita kempan tarik undi. Punya cepat aku cakap, adehh..tapi yang lawak sempat mat sebut nama Ben sebagai ucapan terima kasih.....panas beb...ada jee kang lalat kata, sebab dia skandal guaa. Bukan macam tu, sila baca perenggan di atas tu yeaaa. Apa2 pun ribuan terima kasih mat ucapkan pada ERA, Pak Nil, Haniff dan Ray serta mereka2 yang memberi sokongan (Kak Ummi Kuantan, Ady Budika, Sunah dan lain-lain)...salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU..

18/05/11

RAHSIA DI DAPUR....ANDA PERLU TAU..

Salam dan bertemu kembali.. Anda suka membakar kek, muffin, pie dan juga pastry?..Jika suka kita sekurang2nya perlu ada barang asas yang penting untuk kegunaan dalam membuat kerja2 didapur terutama mem'baking'. Ok mat tulis serba sedikit bahan2 asas yang perlu...ini mat ikut gaya mat lah yeaa..kalau mana anda rasa tak perlu ada, tak payah nak ikut...Jom kita mulakan..

1 - OVEN - Yang ini ialah benda asas yang paling utama jika anda berniat nak membakar kek, muffin, cookies atau roti. Tanpa oven memang tak dapat lah nak laksanakan apa yang anda ingin kan tu...

2 - ALAT PENIMBANG - Penting..terutama untuk mendapat sukat timbang yang betul berdasarkan resipi yang kita ikut. Di pasaran ada alat timbang biasa dan jenis digital, ikut budget anda, yang mana, janji ia memberi manfaat pada kita untuk jangka masa panjang..

3 - TIN KEK - Yang ni perlu, tapi sebagai asas, mat syorkan anda perlu ada loyang bulat 8 inci, 9 inci dan juga jens 4 segi 8 inci x 8 inci x 3 inci, sebagai asas, jika ada budget boleh juga dapat kan tin kek jenis boleh tanggal2 atau spring-form tin, ini memudahkan anda membuat kek keju kelak. Benda2 lain tu ikut keperluan anda, boleh tambah bila2 anda suka..

4 - PAPAN PENCANAI DAN TORAK (ROLLING PIN) - Perlu sangat jika anda ingin membuat biskut atau cookies serta mencanai pastry untuk tat atau pie.

5 - CAWAN/CAMCA PENYUKAT - Kalau zaman dulu guna gelas, cawan atau "agak2 saja", sekarang perlu lah kita ada cawan/camca penyukat, tak mahal, yang plastik pun ada..Selalunya 1 set cawan penyukat datang dengan saiz 1 cawan, 1/2 cawan, 1/3 cawan dan 1/4 cawan. Begitu juga dengan camca penyukat, 1 camca besar, 1/2 camca besar, 1 camca teh, 1/2 camca teh, 1/4 camca teh dan 1/8 camca teh...

6 - BERUS PASTRY, CAKE TESTER DAN SPATULA - Antara yang perlu ada, berus pastry penting untuk menyapu kuning telur pada pastry atau biskut. Tapi kan masa beli tu harus berhati2..selain berus dibuat dari nylon dan silicone, terdapat juga dari bulu "babi"..ha, ngeri kan. Cake tester tu kalau tak de pun tak pe, kita boleh guna lidi sate. Spatula penting untuk mengadun kek terutama resipi yang perlu putih telur diadun dalam bancuhan kek seperti kek chiffon.

7 - WHISK, KERTAS MINYAK, PENGAYAK - Whisk amat perlu, bukan saja untuk baking, tapi sesuai digunakan dalam kerja lain didapur, ada pelbagai saiz, jadi anda beli ikut keperluan atau yang sesuai. Kertas minyak penting untuk mengalas tin kek, begitu juga pengayak, mana2 resipi pun akan mengesyorkan kita mengayak tepung yang telah dicampur dengan baking powder atau serbuk koko. Tepung yang telah diayak juga lebih ringan dan akan memberi hasil kek yang lebih baik...

Ok dulu untuk kali ini, insya allah nanti ada masa mat tulis lagi...salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU.....

BACA BOLEH PERCAYA JANGAN..

(Gambar Ehsan Google)

Jangan nyanyi kat dapur...nanti kawen dengan orang tua..tu dulu, sekarang ada tu memang dia cari orang tua sebagai suami, yelah banyak pengalaman kan. Jangan menyapu malam hari, nanti rezeki susah nak masuk, jangan potong kuku malam2, nanti pendek umur..waaa..bunyi macam tak masuk akal...tapi ada maksud tersirat. Nyanyi kat dapur tu akan menyebab kan kerja lain lambat siap, zaman dulu kan tak macam sekarang, semua manual..kang nyanyi2 segala, ada pulak lupa nak letak bahan2 lain dalam masakan. Menyapu tu pulak lain ceritanya, zaman dulu kan guna pelita minyak tanah, takut lah masa sapu2 tu kita tersapu duit ke, kann dah rugi...sama kes macam potong kuku, gelap kan, silap terkena isi kuku, dahh cedera...releven juga kan...

Satu lagi yang mat pernah dengar cerita dongengan...yang ni lawak, orang dulu2 cerita, udang tu asalnya apek mendayung sampan, tengah2 berdayung sekali sampan dia karamm...apek dan sampan tukar jadi udang...haha, kalau ikan kembong pulak, asal2 nya kaki orang berkudis, tu pasal ikan kembong kalau kita lambat siang, dia mudah pecah perut...Haa ada lagi satu, ikan tuna atau tongkol ada yang cerita asal2nya dari betis orang Boyan, sebab ikan tuna kalau kita perhatikan tulang ekor dia bercabang dua..lain kali kali makan cer tengok tulang bahagian ekor dia...Ini semua sebagai hiburan, zaman dulu kala kan mana ada TV ni semua, jadi sebagai mengisi masa lapang, mereka berceritalah pada anak2 kesah lucu ni...

Apa pun cerita mereka ada pengajarannya walaupun tak masuk akal..Orang2 kita ni kan berhalus dalam apa2 hal, bergaduh pun masih guna bahasa halus walaupun pedas dan tajam, berkata2 hal dalam kelambu pun walaupun berbaur sex, tapi tetap beralas, berumpamaan tidak lah secara terus terang, itu melambangkan keperibadian yang tinggi...cuma dari segi hasat dengki saja yang masih bersarang dalam segelintir orang2 kita...hmmm...Ok dulu salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU...daaaaaa....

17/05/11

JATUH KE TARAF LELAKI BILA MEMASAK?..

(Gambar Ehsan Google)

Zaman dulu, masa mak-mak kita anak dara,orang lelaki ada tu pantang memasak, sidai kain pun ada kala kena caci, semua kerja rumah dilantakkan pada kaum hawa. Teringat abah mat sendiri, waktu2 petang jalan2 sekitar kampung sambil dukung abang mat yang no 2, dan lalu di depan rumah seorang jiran ni, bila melintas, sempat mereka kata "abah mat dah 'bodoh" sebab kena dukung anak waktu2 petang...aduh, salah ke?..Sikap sebegini sebenarnya telah dididik oleh2 orang terdahulu, lelaki pantang ke dapur...sebab itu hak mutlak orang perempuan, apa lagi kalau mereka memasak, sah jadi bahan gosip waktu2 senggang...

Zaman berubah, dan kalau kita lihat perempuan pun ramai melakukan kerja2 lelaki, lelaki pun sebaliknya...Tiba part memasak, lelaki selalunya diberi tanggungjawab besar, terutama memasak untuk majlis2 gah, ini kerana kudrat kami lebih dari kaum hawa..namun begitu jika di rumah, lelaki memasak di dapur, mesti ada yang pandang lain macam..kenapa?..taraf kelakian jatuh ke bila memasak, terus bertukar jadi perempuan ke jika lelaki memasak di dapur?..atau hilang macho lelaki bila memasak di dapur?...kami kadang2 pun heran..bila ada segelintir yang masih berfikiran ditakuk lama...simpati untuk mereka..

Pada pandangan mat sendiri lah sebagai lelaki dan boleh memasak di dapur, ini adalah satu anugerah Allah....gifted, syukur alhamdulillah...serius mat kata kan kat sini, ada juga yang perli2 mat ala2 "anak dara" sebab memasak saja...mat sebenarnya memenuhi tanggungjawab sebagai anak, kita duduk sama mak ayah, dan bonda mat sendiri kurang sihat, jadi apasalah nya berkorban sedikit dengan memasak untuk keluarga, hmm tak pelah, kita buat seikhlas yang boleh, sebab "ikhlas" tu bukan hak kita menentukannya, Allah jua yang menentukan niat kita ikhlas atau tidak. Itu saja bicara seorang insan petang ini. Salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU.....

KENAPA MAT SUKA TEKO....PELIK?..

Psttt....rumah mak nkoo ada teko lama?..Erkk..apa kes si mat tanya macam tu. Hmm, jangan risau saja je tanya, kalau ada boleh mat beli, bukan nak tipu ala2 gores dan menang punya orang. Bila sebut mat gebu selain dengan blog masak DTS, dia juga pengkolek teko lama, ramai orang rasa aneh dengan mat, pesal lahh minat kolek teko antik, cuba lah kolek benda lain kan, macam lampu picit ke, tak pun kolek peluru..wahh nak maut, kolek peluru!!..

Sebenarnya mat pun tatau lah macam mana boleh suka kolek teko. Pada asalnya mat hanya kolek pinggan lama sebagai prop blog masak2, lepas tu geng antik, "Yatt" syorkan mat kolek benda lain pulak macam set cawann, teko dan sebagainya...Maka bermulah hobi aneh ku itu, masa tu belum ramai yang berminat. Untuk mendapat teko lama ni habis semua kedai2 apek tua kita orang singgah tanya. Masa tu teko amat murah, boleh dapat dalam harga belasan ringgit sahaja.Kalau sekarang jangan tanya...paling bangsat pun RM 30+ macam tu. mintak kurang, pun ikut nasib, kalau ada rezeki dapat, kalau tak de rezeki pun dapat juga tapi dengan harga tetap.

Kalau orang tanya, apa faedahnya mat kolek benda2 ni...Hmm macam mana nak kata, yea, pada mat benda2 ni warisan kita, selain minat, mat juga gunakan Sebagai prop sama ada resipi2 untuk majalah atau blog dan antara cebisan hobi mat gebu juga, teko lama ada nilai pada masa akan datang. Teko yang kami beli on-line sekitar tahun 2010 sekitar harga RM 70, sekarang telah menjadi dua kali ganda harga nya. Buat masa sekarang mat ada hampir 200 biji teko pelbagai saiz...hmm tah2 lebih kan...erk..hehe..Salam penuh ingatan dari BDD - DTS...

SEDIH JIKA BLOG RASA TERPINGGIR....

(Gambar Ehsan Google)

Bila tengok blog2 hebat, pengunjung tak putus singgah....sedangkan blog kita, macam tak de apa, nak kata tak manis, gula dan madu sudah ku lambakkan, nak kata kurang perisa..segala perencah telah ku tambah....hmmm kenapa lahh agaknya...kurang orang tau mungkin kali, tak pun orang tak suka cara aku berblog....arghh...tatau lah nak kata, bila minta pandangan orang ramai, terlampau banyak pulak pandangan yang diberi sampai tak terpandang sudah...aku buntu, sedih pun ada...menulis dari hati dan perasaan, tapi mereka tetap juga tak sudi singgah....mana yea silap blog ku ini.....ada tak anda fikir macam tu?...

Susah nak jangka apa akan berlaku pada blog...ada kah akan dikenali atau sebaliknya. Mat sendiri pun bukan dalam masa singkat nak memperkenalkan DTS tu, tapi syukur lah kan, walaupun tak sehebat mana, at least ada gak yang tau blog masak2 Dapur Tanpa Sempadan. Semangat amat penting dalam berblog...bukan satu..dua..atau tiga hari, tapi sepanjang masa.. Cuba anda lihat blogger2 lama yang berjaya..mereka punya semangat yang kental..bukan tak pernah dicaci, dikeji atau diumpat...mereka sudah merasa semua itu...

Mat nak lah bagi tau, jika blog anda tidak disinggahi oleh blogger2 popular, tak usah rasa rendah diri, gusar dan tak bess...cuba tengok blog mat...ada blogger popular singgah?...ada blogger popular komen?...tak dekan, kalau ada pun jarang (boleh bilang dengan jari). Tak payah nak kesah..janji ada blogger lain datang memberi kata2 semangat kat blog kita. Satu lagi mungkin lahh kan mereka2 ini datang sebagai silent readers..siapa tau...yang tu hanya dia dan Allah swt yang lebih mengetahuinya....Ok tu saja coretan malam ni, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU.....daaaaa...

16/05/11

KENAPA PERLU ADA DI SETIAP RUMAH?

Salam, bukan nak jual pinggan mangkuk, atau sebagainya, cuma mat nak share apa yang mat baca dalam satu artikel lama dulu, masa tu mat umur dalam 16 atau 17 tahun. Ingat lagi tajuk dia, mengapa setiap rumah perlu ada set lengkap menghidang..Bukan lah mat nak sibuk, benda ni hak masing2, cuma nak kongsi sedikit jee apa yang anda perlu ada di rumah, yelah bagi mereka2 yang berkerja, berjawatan pasti satu hari akan mengadakan majlis makan2 di rumah, kalau ramai kita boleh buat secara jamuan berselerak, manakala kalau tak ramai dan tetamu kita pulak mungkin dari kalangan golongan korporat, seeloknya hidangan tu biar lah nampak formal walau pun dalam keadaan santai...ini akan menjaga nama baik anda juga...

Paling utama pada mat, satu set pinggan mangkuk harus ada di rumah masing, ini tepulang samada set untuk 6, 8 atau 12 orang...kalau dapat set yang ni simpan untuk kegunaan penting, jangan lah guna untuk basahan harian. Kalau pecah nanti dah tak cukup bilangannya. Satu lagi harus ada set gelas, ini terpulang, tapi kalau dapat jenis kaca jernih paling sesuai, nak yang berkaki atau tidak, itu terpulang, kalau nak nampak exclusif, gelas kristal adalah pilihan terbaik. Set cutlery terdiri dari sudu, garfu (yang asas), pisau, sudu teh dan sebagainya harus juga ada, yang ni pun terpulang pada keadaan. Penggunaannya bergantung pada sesuatu majlis itu....

Sebenarnya ini hanya asas, jadi mat syorkan setiap keluarga sekurang2nya simpanlah 1 set sebagai persediaan. Buat masa sekarang, kita tak rasa perlu, tapi bila tiba masanya, baru anda sedar betapa perlunya benda asas ini dalam seni menjamu tetamu...ok tu saja yang dapat mat kongsi buat kali ini...sekian, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU...

KOMITMEN BERBLOG.....ANDA SERIUS?..

(Gambar Ehsan Google)

Bess lah blog dia tuu, nampak hebat..orang pun suka singgah, kalau tengok yang on9 pun ramai, rasa2nya lah kalau aku buat blog, boleh tak dapat macam tu. Masalahnya aku nak buat blog jenis apa kan... Blog masak2 pun nampak senang je...kalau blog tulis2 pun bess juga, boleh update kat mana2, guna hp HTC pun boleh...kelass lahh. Eh!! tak boleh jadi lah, aku buat lah blog nanti...TAPI...aku dah bersedia ke menghadapinya, takut orang kata hangat2 taik ayam, lepas tak sampai seminggu, takde mood dah, lepas sebulan, blog terus berkubur..innalillahh.....

Komitmen perlu ada dalam berblog, walaupun anda sibuk, sekurang2nya tingggal kan jejak sikit sebagai tanda anda masih wujud dan blog masih bernafas. Berblog masak2 contohnya, memerlukan komitmen yang agak tinggi, kerjanya lebih berbanding blog biasa. Selain resipi2 dan gambar2, kami juga ada kala membuat R n D untuk sesuatu masakan. Sapa kata bila kita berblog, kita tak perlu tau apa2...anda silap, sekurang2nya ada asas dalam apa yang anda tulis, contoh nya bila entri resipi, nanti anda akan ditanya juga soalan2, kalau kita kurang pasti, sudah tentu tidak dapat memberi jawapan yang sewajarnya...

Satu lagi kan, pada mereka2 yang nak mula berblog, pastikan blog anda sealiran dengan minat anda, bila blog dan jiwa kita sama, maka keseronokkan akan timbul, akan ada rasa kasih sayang, nak tinggalkan sehari pun rasa tak sampai hati, rasa blog tu sebahagian dari diri kita...eh ini bukan coretan kosong dan tiada isi..cuba tanya pada semua blogger..betul ke tak?....Haa kan ada yang angguk kepala tuu.. Ok semua, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU...

15/05/11

RAJIN MASAK...MALAS KEMAS...BIASA LAH!

Rajin masak?.. Mesti laaa rajin..alah masak bukan susah sangat, cempak2 je dalam kuali, atau periuk, bak kata orang "muo", dahh siap..nak sedap lagi, lambakkan serbuk perasa, tau2 cukup masa rambut semua hilang.. Lepas masak, tiba bab nak kemas dapur yang dah macam kena sergah dek garuda..Tu jam mula lah rasa beratnyaa, nak angkat tangan pun tak larat dahh...malasss nyaaa..opsss kata bonda jangan sebut malas, tak bess, sebut tak berapa rajin, sekurang2nya masih ada perkataan "rajin" terselit di situ..yoo lah, donga lopeh tu angguk kan palo tando sotuju, sudah lah Jang oii, jangan bantah... Bab malas kemas ni kalau orang perempuan gossip, mesti kena kat kami..kaum2 adam...kann

Apa nak dikata, memang dah kebanyakkan lelaki macam tu, mat pun ada masa rasa sama. Tak berapa rajin, cuma dalam kata2 tak berapa rajin tu, terbayang bonda ku yang berusia 70 tahun dengan keadaan kurang sehat, mencuci pinggan mangkuk, kuali, menyental piuk..aduhh kesiannanyaaa....kalau tak kesian, memang lah aku ni jenis tak de perasaan. Pada mat apa2 kerja pun kena ada sifat keikhlasan, bak kata mak tua "cooking with your heart and soul"...penuh dengan kasih sayang, kan kita nak masak untuk keluarga. Kalau masak kasi orang lain makan pun sama lah juga, tapi tak delah sampai jampi2 segala, kang ada pulak anak2 dara tak balik..silap2 bini orang pun tak mo balik jugak....masakkkk!!!...

Zaman sekarang ni peralatan modern ada macam2, jadi kerja memasak jadi mudah, giling pun jarang kedengaran, kalau bunyi kisaran blender tu ada lah..Apa yang penting, memasak lah dengan rasa seronok, bak kata arwah Mak Long S'pore mat, pesanan dia, kalau nak menumis apa2 masakan, pertama bacalah bismillahh kemudian selawat ke atas nabi junjungan kita, insya Allah masakan akan sedap dan sesiapa makan pasti teringat2....wallahualam. ok sekian entri sebelum mat masuk tidur....salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....

KONPIUS LAH PASAL OVEN....HMMM..

(Gamber Ehsan Google)

Konpius lahh pasal Oven....nak guna macam mana, api atas ke bawah...ke api bawah jee...nak letak tin kek kat tengah2 oven ke..atau belah bawah....pening lahh...malas lah baking, asyik tak jadi jee...huhu..tu semua masalah yang kita hadapi sebagai pembuat kek amatur. Mat kadang2 pun dapat soalan pasal oven, pendek kata paling kerap... Macam ni nilah, kita bakar kek, biskut, roti atau apa2 saja, bergantung pada jenis oven kita, dan jika kita kerap guna, lama ke lamaan kita akan faham macam mana style oven kita berfungsi dan penyesuaian suhunya.

Selain teknik membakar, tin kek kita juga memainkan peranan. jika menggunakan jenis tin kek non-stick kaler hitam, suhu oven harus kita rendahkan, sekurang2nya 20C, ini kerana tin kek hitam kadar resapan haba dia lebih tinggi berbanding tin kek aluminium, jika kita guna suhu yang disyorkan dalam resipi, ada kemungkinan kek akan hangus diluar dan tidak masak di dalam. Lagi satu pasal suhu, jika anda menggunakan oven yang baru, kadar pemanasannya mungkin lebih cepat dan pantas, ini kerana lingkaran besi pemanas dia masih baru tanpa ada kesan karbon, berbanding oven yang kerap kita guna. Tapi zaman sekarang ni telah muncul acuan kek silicone, dan ia amat2 berguna, kalau guna silicone, mat selalu kekal kan suhu seperti dalam resipi. Apa yang utama, sebelum membakar, pastikan oven anda dipanaskan terlebih dahulu dalam 10 - 12 minit.

Kalau anda menggunakan oven berkapasiti agak besar, kedudukan tin kek mungkin boleh diletakkan pada level 2 dari bawah, ini semua bergantung pada resipi, selalunya untuk kek gulung, disyorkan membakar nya pada bahagian tingkat tengah oven, sebab kek untuk swissroll agak nipis dan cepat masak (anggaran 20 - 25 minit). Dan yang penting, anda HARUS membaca buku panduan yang disertakan. Perihal api pulak selalunya mat guna kedua2 api atas dan bawah untuk membakar kek, tapi tidak pada kek lapis, kecuali jika disyorkan dalam resipi. Jika oven anda dilengkapi "kipas", ia sesuai diguna semasa membakar pastry atau puff pasrty, ini kerana hot air circulation akan menambah ruang dalam puff pastry tadi dan menjadikannya lebih rangup.

Membakar biskut pun ada kala tak sekata, selalunya mat bakar guna suhu sekitar 170C, dan jika masa yang disyorkan 15 minit. Lepas 8 - 10 minit, mat akan pusingkan dulang yang berisi biskut tadi, tujuan untuk mendapat biskut yang sekata warnanya. Selalunya, untuk biskut mat guna api atas dan bawah, dan loyang diletakkan pada aras ke dua...Hmm ada lagi mat tulis, tapi nampak macam dah panjang berjela pulak..kita share di lain entri nanti. Ok dulu, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....



KITA RASA DIHARGAI BILA........

(Gambr Ehsan Google)

Salam petang semua, anda pernah rasa dihargai?...Kadang2 kita tak perlu menerima wang ringgit, pujian melangit, atau hadiah2 hebat untuk rasa dihargai. Jika sesorang mengingati kita, itu pun sudah rasa dihargai. Mat sebenarnya bila teman2 blogger baik dari blog masak2, blog antik atau blog personal ingat kat kita, itu pun sudah rasa terharu sangat, orang ingat tanda orang suka kat kita, cuma tu lah kadang2 kita manusia biasa ni pun ada kala terlepas pandang...minta maaf yea..

Ada juga yang bertanya mat dulu, faedah mat berblog masak2. Faedahnya banyak, yang kita nampak dan tak nampak, selain bertindak sebagai amal jariah kita kelak. Mat pernah menerima ucapan terima kasih dengan kata2 yang begitu menyentuh perasaan. Ucapan terima kasih dari seorang suami pada mat, sebab wife dia merujuk blog DTS tu sebagai inspirasai memasak...mat tegas kan kat sini, blog DTS tu bukan bagus dan terbaik, tapi mat letak resipi senang, yang sering orang2 kita masak. Ada juga student2 yang baru menamatkan pengajian dan baru berumah tangga, sebelum ni tak pernah pegang periuk belanga, menjadi kan DTS sebagai pembakar semangat...hmm, yang ni betul2 buat mat tersentuh...

Sekali dulu, mat ada terima email, dengan ucapan terima kasih tak terhingga kerana dia boleh memasak walau pun yang ringkas, hingga mak ayah dia terkejut dengan perubahan beliau. Satu lagi mat rasa teruja bila ada persatuan ibu2 tunggal menggunakan resipi dari DTS untuk diajar pada ibu2 tunggal@janda, untuk mereka berniaga kecil-kecilan.....yang ni buat mat terdiam seketika, dan sungguh terharu bila blog DTS yang cikai dan takde apa2 itu menjadi pilihan mereka...Pada semua mat ucapkan terima kasih, dan dengan izin Allah swt jika diberi kesihatan boleh lah mat share apa yang tau dengan anda semua... Sekian dulu bicara seorang insan...salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....

SUKA DUKA....SEMUA BLOGGER MERASA..

(Gambar Ehsan Google)

Berblog....satu tren masa kini, tak kira, usia berapa, orang besar, orang kebanyakkan, budak sekolah, budak U, semua berblog jika mereka berminat. Pada era sekarang, berblog antara medium penting untuk menyampaikan maklumat. Orang2 besar, orang2 media pun telah menggunakan teknologi ini. Kita sebagai blogger pinggiran, ada masa berblog sungguh mengujakan, membanggakan dan memuaskan.

Namun, dalam kegembiraan itu ada ketika terselit onar dari mereka2 yang tidak senang dengan kehadiran kita sebagai blogger. Sikap manusia ni ada kala tak boleh nak ubah samada di alam nyata atau cyber..Suka duka berblog mat pasti ada yang telah merasa. Hampir 5 tahun mat berblog masak "DTS-MAT GEBU"...ada lah juga mendapat kritikan2 yang kurang membina dan agak pedas. Syukur alhamdulillah sungguh begitu blog masak2 memang kurang sekali mendapat kritikan keji, sebab pada mat mereka tiada "point" untuk mengeji kami, nak kata kami popular, alah hai, sapa lah kenal..hanya berlegar sekitar geng blog2 masak saja.

Lepas mat berjiran dengan Ben Ashaari, baru mat sedar, ada segelintir manusia yang tidak boleh menerima kenyataan, tidak dapat menerima jika orang lain lebih bagus dari mereka. Pada mat jika kita hendak menjadi blogger yang bertahan lama, mesra pengguna, kenalah berfikiran lebih terbuka...jika mereka hebat, kita cubalah ambik tau apa rahsia mereka, bukan mengutuk dan menghina sesuka hati...kan. Coretan pagi ini mat tulis sementara menunggu bahan2 mentah ku sedia untuk dimasak....salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU...

KENAPA GAMBAR TEKO TU LAWA?...

Serius....banyak2 gambar mat tengok, hasil fotografi Mr Joshua suami pada Sue Joshua juga yang menarik hati dan mata ku...Heran, teko tu nampak sungguh menyerlah bila gambarnya dipotretkan oleh suami Sue..mesti sebab kamera dia kann...huhu..jeles kejap...erkk...hehe. Kenangan mereka hadir gathering di pondok mat gebu bersama blogger2 hebat lain termasuk ketua pemuda/pemudi nya "Ben Ashaari" dan "Ayu Citarasa Rinduan" sungguh meninggalkan seribu kenangan. Bukan puji-pujian yang kita minta, tapi melihat keramahan masing2 sudah membuat kan aku sebagai tuan rumah rasa terharu, bangga dan kepenatan hilang.

Kenapa gambar teko sebagai header?...Ntah, sebab mat suka benda2 yang dekat dihati, walau apa kata orang pasal hobi ku ini, tapi mat tak kesah. Ada orang janggal bila tau aku suka kolek teko dan set2 antik. Tapi kan, mat pun punya satu tujuan kolek benda2 ni, salah satunya nak menyedarkan golongan muda-mudi betapa pentingnya menjaga warisan kita...Terima kasih sekali lagi mat ucap pada Mr Joshua dan Mrs Joshua (Sue)...minta halal yea, aku guna gambar tu untuk header blog BDD-MAT GEBU ni......

KENAPA "TIFFINBIRU"...WHY?...

Teringat masa perbualan kami berdua di meja dapur...."Kenapa tiffinbiru?...dan dapur tanpa sempadan?....Ha ah kan..betul juga, kenapa?...Why?..Kak ipar mat yang tanya tu, tepi dia tak delah panggil dengan nama "mat"....dah semestinya dengan panggilan "Nan"..Haip!!, awas bukan susu nan atau roti nan yea...Nama betul Adnan Bin Ibrahim, cuma mat guna nama timangan "mat gebu" dalam dunia blogging ni...Nama tu mula2 mat guna di laman web Myresipi dulu kala....MR tu banyak berbakti pada mat gebu....seriuss!!.

Ok..kenapa tiffinbiru...Sejarahnya mat dapatkan tiffin ini di satu kedai membaik pulih barang antik di Kesang, sempadan Muar dan Melaka...mat beli sebab mat suka dan nampak "sesuatu" pada tiffin tu, jadi mat beli lahh...Lepas tu timbul seruan nak berblog, jadi mat gunakan tiffinbiru itu sebagai simbol mat gebu, yang ada berkacukkan melayu + peranakan cina. Selain tu juga, ianya mudah diingati...feedback yang mat terima, depa kata, bila nampak tiffinbiru, teringat kat Che Mat...aduhhh. segan sehhh..hehe..

Kenapa dapur tanpa sempadan?..pada mat mudah saja, "tanpa sempadan" tu bermakna ilmu tak kira lah ilmu apa sekali pun selagi tak melanggar hukum Allah.. WAJIB kita sebar2 kan tak mengira tempat dan tanpa halangan, macam mat lebih cenderung pada hal masak2, jadi apa salahnya mat kongsi dengan mereka2 yang berminat. Kita tukar2 idea tak semua orang bijak pandai di dapur tau semua pekara dan sebaliknya...mana ada manusia sempurna, lagi2 si mat gebu...kannn....

14/05/11

KENAPA AKU DERHAKA RESIPI?

(Gambar Ehsan Google)

Hmm...mat gebu sering guna tag line "derhaka" dalam resipi. Bunyi agak keterlaluan, biadap dan berdosa. Tapi dari semua tuduhan2 itu ada terselit satu sifat "kebagusan". Dan pada mat ramai orang serta tukang2 masak profesional turut melakukannya. Ibarat lagu lama diberi rentak modern, ibarat Salleh Yaccob meng"inggeris" kan lagu2 melayu, begitu juga mat gebu, derhaka dalam seni memasak adalah perlu...maksudnya menyesuaikan satu2 resipi itu mengikut bahan2 yang sedia ada.

Contoh, mi goreng, dalam resipi kata letak taugeh, anda tak makan taugeh, boleh lah kita gantikan dengan hirisan kobis, tak salah kan... persepsi orang kita, bila sebut derhaka je terus mind set mereka kata "ishhh dosaaa tuu"...huhu, silalah baca ayat tu sampai habis dulu, baru boleh kata baik buruknya. Memasak ni pada dasarnya asas sahaja, kita yang menentukan hasil satu2 resipi itu...jadi mat pesan, tak payah lah terikat 100% dengan resipi yang kita baca, versatile dan permudahkan...berfikir dengan lebih kreatif...tapi perlulah releven dengan resipi yang kita akan buat tuu...Ok, sekian entri ke dua dari mat gebu....Salam sayang dari BDD-MAT GEBU

ASSALAMMUALAIKUM......PEMBUKA KALAM..

(Gambar Ehsan Google)

Salam buat semua, entri pertama pada blog yang belum pasti apa isi nya, tapi mungkin kita boleh berkongsi tips apa2 saja pasal dapur, petua dan sebagainya...Masih baru dan tiada apa2 yang boleh diceritakan...Blog sampingan ini mat buat sebagai satu pengasingan dari dunia masak2, tapi masih ada bersangkut paut. Moga dipermudahkan segala urusan, insya Allahh....Salam sayang dari BDD-MAT GEBU....