28/06/11

AKU RASA BILA CUTI BERBLOG....1 HARI.

Salam bersiaran...maaf agak lama juga tak update blog terpinggir ni. Bukan apa, blog ni bukan tujuan untuk menarik ribuan pembaca, mat cuma buat blog ni untuk menulis apa saja yang mat fikir boleh. Anda pun sedia maklumkan, mat gebu bukan berbakat dalam penulisan, kalau memasak tu insya allah lah, tapi tulis2 ni jangan harap...hancur bersepai bahasa aku, kalau membebel tu boleh lah...Jadi minta maaf jika ada gabungan perkataan yang agak janggal pada anda, tapi ok pada mat. Tak nak terikat terlalu protokol dengan bahasa buku sekolah, jadi mat guna lah bahasa percakapan harian orang2 kita.

Ahad lepas mat berjaya cuti dari on9 selama 1 hari...Ok lah, rasa lega sikit, tapi perasaan dalaman, huhu, rasa teruja, lambatnya masa berdetik, kelip mata ternampak blog, mandi nampak blog, pendek kata semua kerja mat buat hati ada diblog...huhu susahnyaa..Adakah mat gebu "ketagih berblog"?, pendapat anda macam mana?...Hmm, tapi itu lagi baik dari kita berfoya2 ntah ke mana, menghabiskan wang ringgit tanpa ada hala tujuan (tapi kan orang macam mat, on9 pun boleh susut duit...erkk, manyak susah punya olang!!)..

Kesimpulannya, jika anda terjebak dalam dunia blogging dengan sepenuh hati, ianya ibarat satu ruang dalam diri kita, harus kita lawati, dan tinggakkan jejak untuk menunjukkan kita masih wujud dan blog masih berfungsi. Mat bukan nak kata apa, selain blog ini, mat ada blog antik yang sudah 10 bulan tak berupdate!!!...tapi itu pada mat tak jadi hal, sesuai dengan blog antik dan blog tu pun bukan kita harap untuk menarik traffic, cuma blog berkongsi barang antik sesama kolektor, jadi tiada alasan untuk mereka memberi komen yang tak sedap. Kita kolektor ni bukan setiap masa ada barang baru, lagi pun hobi itu memerlukan sumber kewangan agar besar. Ok dulu buat masa ini...salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU....





10/06/11

TERTIB MEMOTONG KUKU...

Salam semua, bersua kembali...Macam dah mula ingat2 lupa pulak kan pada blog BDD ni, haha, releks, bukan apa kadang2 blog masak2 tu kerja dia banyak, jadi terpaksa bagi tumpuan lebih. Ok malam ni nak share info yang mat dapat dari blog ini dan ini..terima kasih mat pada mereka berdua. Mat buat entri ni selain untuk rujukan sendiri juga nak share dengan mereka yang kurang pasti..Gambar atas tu ialah memotong kuku mengikut tertip dan sunnah Nabi. Dan ada juga hari2 tertentu yang elok untuk kita memontong kuku samada kuku jari kaki atau tangan. Ok mat tulis hari2 tersebut ....

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Ok tu sahaja untuk kali ni, salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU, untuk semua...



4/06/11

HARI INI KENANGAN UNTUK ESOK...

Pagi Ahad semua, apa rancangan hari ni, biasanya bila hujung minggu macam ni, ialah masa untuk bersama keluarga ada tu ambil kesempatan pulang ke kampung, tu kalau kampung dekat2 lah kan. Hmm, semua manusia pasti ada kenangan, ada tu kenangan yang kita rancang, ada pulak kenangan yang kita tidak rancang. Semua itu akan menjadi kenangan dalam hidup kita. Hidup tanpa kenangan ibarat negeri tanpa sejarah. Walaupun kehidupan anda tidak sebebas mana, tapi kenangan itu pasti ada, walaupuna hanya secebis..

Kita tak boleh nak jangka apa yang berlaku hari ini..Hari ni ini kita gembira, bergelak tawa, bergurau senda..esok lusa jika ditakdirkan kesedihan melanda, kena lah kita tabah sebaik mungkin. Teringat kata orang2 tua kalau gembira biar bersederhana, tapi kadang2 kita sendiri terlupa tu semua, mat sendiri pun macam tu..hmm, kita manusia serba kekurangan kan...alasan yang biasa kita dengar....boleh diterima tak?..

Kesah dan kenangan kita juga lah yang mewarni perjalanan hidup, sebagai cerita pada generasi akan datang. Yang baik sebagai panduan, dan yang kurang baik sebagai ingatan. Semua manusia melalu pekara yang ada tu agak pahit untuk dikenang, tapi sekeras mana pun kita hendak membuangnya, kesan calar tetap terpalit...hmmm bersabar dan anggap saja lah ianya peringatan dari yang ESA untuk kita yang sering lalai ini....Salam penuh ingatan dari BDD-MAT GEBU untuk pagi ahad ini...